Blogger Widgets ssssshhh...: 2017

Monday, November 27, 2017

kehidupan selepas perkahwinan

Assalamualaikum.

aku tukar lagi sekali link blog. sebab aku taknak siapa2 taw. blog ni biarlah jadi tempat untuk aku luahkan rasa je. aku dah kawin. yet dah mengandung pun. sekarang dah 7 bulan ok. so aku bersyukur sebab sekarang dikurniakan dengan lelaki yang Insha Allah sangat memahami. 

now aku dah ada kerja tertap. Alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah salah. kalau ada rezeki mungkin aku naik pangkat, cuma aku nak korang taw aku tak mintak sbb aku baru kerja tiga tahun. dalam masa tiga tahun, aku struggle and aku cuba buat terbaik. and management bercadang nak naikkan post aku dan upgrade level aku. aku terima aku assume tu rezeki baby yang dah nak lahir nanti. 

tapi cerita ni aku tak cerita dekat kawan2 aku. bukan sebab aku nak simpan sorang. sebab aku tak taw nak start macam mana. aku takut gaya aku bercerita salah and kawan aku assume aku nak menunjuk ke apa ke. no! a big no! aku takde niat. sebab tu aku prefer diam.

end up benda ni kantoi juga bila kawan aku dapat taw dari orang lain. yess! as expected. aku dianggap pengkhianat hanya sebab tak menceritakan post aku naik pangkat. kalaulah orang paham apa aku rasa, aku tak taw nak cerita benda ni macam mana. salah cerita orang salah paham. dan sekarang dah jadi pun. kawan aku expect aku nak naik pangkat sorang2. 

tuduhan tu keras sangat. beb. aku cuma nak ko taw tuduhan ko terlalu keras and aku takleh terima dan aku prefer berdiam diri. 

Monday, January 30, 2017

Duit Hantaran

Duit hantaran. Antara satu norma yang boleh menyebabkan engkau bergaduh dengan tunang kau, dengan keluarga kau dan dengan orang yang tidak sealiran dengan kau.

aku cuba mencari ruang-ruang yang memahami diri aku. aku cuba supaya ada yang sealiran dengan aku. aku tak minta lebih. aku cuma nak ada orang faham apa aku rasa. salah ke bila aku cuba menolak benda yang terbiasa dalam norma kehidupan? salah aku mengatur hidup aku? salah ke aku mencorakkan apa yang aku nak?

aku cuba untuk mendapatkan situasi yang menyenangi kesemua pihak. takde yang paham pun apa aku rasa. takde seorang. semua menentang. semua nak aku minta wang hantaran. yep korang mungkin kata alaaa mintak je lah. bukan banyak pun. korang tak paham. entahlah susah nak describe.

btw aku tukar nama blog, sebab ada sorang yang taw nama blog aku. aku segan kalau dia taw cerita aku sebab dia kenal aku. biarlah orang luar yang tak kenal aku yang tahu.

aku cuba bagitaw mak aku, aku cuma nak akad nikah je. tak ajak orang pun takpe. apa yang dikisahkan adalah nanti apa orang cakap. orang cakap bukan bagi aku makan. entah tak taw mcm mana nak terangkan lagi. korang mungkin akan kata, ala sekali seumur hidup je pun. btw yang tanggung hutang adalah aku bukan korang. korang mampu berkata. aku yang menanggung.

semalam aku cerita dekat dia, dia dah marah2 aku cakap aku kata belit-belit. aku takde niat nak susahkan dia. kalau perkahwinan ini menyusahkan, biarlah ianya berakhir disini.

dia ada ucapkan kata-kata macam ni "semalam saya borak dengan bella, hantaran dia 3 ribu je. bagus betul"

aku pulak, menangis dalam hati. ye hantaran aku 10k. aku taw perkara tu menyusahkan dia. kalau benda ni lebih menyusahkan, aku redha sampai sini je dari menyusahkan semua orang. aku sendiri tak mampu nak convince parent aku. aku tataw lagi apa nak buat. entahlah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...