Blogger Widgets ssssshhh...: June 2013

Sunday, June 30, 2013

kesibukan bandar dan butanya mata penduduk disini

Petang itu seperti biasa aku mengemas-ngemas meja yang berselerak,
jam telah menunjukkan pukul 5.10. lagi 5 minit boleh dah balik.
malas rasanya nak duduk ofis jika tiada kerja, kebosanan melanda.
usai mengemas aku mencapai botol air dan sorokkan di bawah meja,
beg tangan ku sangkotkan di lengan dan beg laptop ku kendong di belakang.
sebelum berjalan keluar dari ofis, aku selongkar laci dan menemui topeng.
topeng tu ku sarungkan ke muka untuk mengelakkan jerebu. 

maklumlah sekarang kan musim jerebu. aku pulak baru nak baik kesihatan
jadi langkah berjaga-jaga ku ambil bagi mengelakkan masalah lain timbul
aku melangkah perlahan-lahan menuju ke kereta rakanku, seperti biasa 
aku memang sudah biasa menumpangnya setiap kali ingin ke perhentian bas

"biha tumpang cam biasa!"

"yooo. kau alihkan kon lepas aku keluar parking okeh?"

"orait!"

selepas dia menurukan aku di stesen bas terminal 1
aku mengorak langkah perlahan-lahan ke kaunter tiket
tiket ke melang menjadi pilihan utama kerana destinasi itu merupakan 
paling dekat ke rumah ku. ku menyusun langkah ke bas cityliner yang menuju ke kuala pilah
dalam beberapa ketika datang 3 orang remaja perempuan dibelakang ku
cantik-cantik kesemuanya. namun ku abaikan
walaubagaimanapun kebisingan mereka sedikit sebanyak mengganggu keadaan disitu

aku manguatkan lagi 'volume' mp3 aku namun belum mampu melawan volume mereka
mungkin mahu menarik perhatian orang-orang disitu mungkin.
pemandu bas masih belum menunjukkan dirinya. orang semakin ramai
dalam beberapa minit kemudia muncullah pemandu bas tersebut
ketika giliran aku untuk memberi tiket,
entah bagaimana tiket ku terbang dan tersorok di celah2 situ
jika aku salah dengarnya mungkin adalah kesilapan aku namun 
kedengarannya remaja-remaja di belakang aku menjerit

"time nilah tiket nak terbang pulak! kacau laaaa!!!!"

kedengarannya biadap namun ku abaikan
bukan kerna takut tapi aku taw budak2 zaman sekarang lain sedikit pemikiran mereka
aku teruskan mencari tiket ku sehingga jumpa dan menyerahkannya kepada pemandu bas
aku bergerak ke tengah dan mendapat tempat duduk disebelah seorang perempuan
remaja-remaja di belakang ku bergerak menuju ke kerusi belakang dan duduk disitu
perbualan mereka disambung seolah-oleh hanya mereka penghuni bas tersebut
tanpa memperdulikan orang lain, mereka ketawa mengilai dan penghuni lain hanya mampu
menggeleng kepala

ku abaikan mereka dan merenung ke luar tingkap
ketika sedang asyik melihat keluar, aku ternampak seorang tua yang lusuh
menyelongkar tong sampah di perhentian bas tu. satu persatu tong diselongkar.
tanpa rasa jijik. dia mengutip segala tin dan botol air kosong dan dikumpulkan si satu tempat
gelagatnya diperhatikan orang keliling namun tidak diendahkannya

lama kelamaan dia hilang dari pandangan, 
aku hanya mampu berharap pakcik tersebut terselamat dari sebarang bahaya.
ketika bas bergerak, aku merenung lagi keluar tingkap. 
jenisku memang begitu, aku suka memandang keluar sehingga tertidur
kalau tiada apa yang boleh ku buat, alamatnya memang tidur sampai ke melang
pernah aku terlelap dengan hp di tangan. bahaya betuk, nasib takde yang mencopet

ketika aku hampir terlayang, aku ternampak sati situasi yang lebih menyedihkan
kelihatan seorang lelaki tua terbongkok-bongkok mengutip makanan dia yang tebarai
dan memasukkan ke dalam mulut. bas yang bergerak perlahan membolehkan aku
melihat senario tersebut dengan lebih jelas. 
makannya yang bertabur dikutip dan dimakannya ketika itu jugaa
bukan aku seorang malah seluruh penumpang bas melekat di tingkap melihat situasi itu

namun apa yang lebih menyedihkan ialah
orang awam yang berada disekeliling orang tua itu hanya memandang dan tidak membantu
ada yang membuat tidak nampak dan ada juga hanya berlalu pergi
aku juga sedih dan kecewa dengan diriku kerana tidak mampu untuk melakukan apa2

aku terbayang apakah nasib orang tua yang mengutip botol
dan orang tua yang mengutip makanan itu. sudah makankah mereka?
perkara itu terus bermain di mindaku sehingga aku terlena

apa2 pun terjadi, sayangilah ibu bapa kita
walau pun mereka sudah tua, tidak banyak yang mereka minta
apa yang mereka mahukan hanyalah kasih sayang sayang daripada
anak2 yang susah payah dibesarkan oleh mereka.
sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu bapa mereka.

dan kepada remaja2 perempuan tadi
aku tidak melawan bila kamu semua memerli aku bukan kerana aku takut
aku taw remaja sekarang lain macam sedikit perangai mereka
kerana silap langkah mungkin boleh jadi bergaduh.
dan aku lebih rela bersabar dari hilang maruah kerana bergaduh denganmu.
semoga kamu semua dirahmati.

Tuesday, June 25, 2013

jerebu topeng dan kekerapan pemakaiannya

assalamualaikum
dalam masa beberapa hari yang sebelum dan mendatang neh
kita semua sedia maklum yang malaysia tengah jerebu
mula2 melaka dan johor antara negeri pertama yang menghadap dulu
masa memula benda ni nampak tak serius
mungkin akan okay dalam  seminggu ni
tapi lama kelamaan benda jadi makin teruk

asap makin tebal, aku dekat pd lepak2 rumah akak aku pun aku rasa sesak
padahal waktu pagi neh, bau asap kuat, tebal and tak nampak pun orang bakar sampah
masa tu aku rasa pd dah start kena jerebu tapi belum ada apa2 arahan keluar lagi
lepas dua tiga hari baru arahan dikeluarkan barulah semua sekolah ditutup
masa neh Muar dengan Pasir gudang mencatat ipu paling gila weeyy
lebih 700 yang mananya level ipu kalau 700 ni dah tahap hazardous
gas beracun wey.

aku balik pilah. pilah pun berkabus. kalau tak tawu tu asap
memang feeling2 macam cameron highland. gila apa feeling asap
aku baru je baik lelah ni. datang balik kang masak
aku taknak cakap pasal kebakaran kat indon tu sebab kesahihan dia aku tak pasti
ada orang kata pelabur dia syarikat dari Malaysia dan Singapura
pekerja yang membakar pulak orang Indon. 
so kalau betol ni adalah salah semualahkan

apa2 pun sekarang beberapa negeri dah memang jerebu.
jadi rakyat2 yang menanggung akibat dan azab neh sila2 lah memakai topeng
aku taw budaya memakai topeng neh masih belum biasa kat malaysia
tapi benda ni dah biasa dekat Jepun. walaupun dekat sana tak jerebu and kalau
sorang tu cuma selsema je, mereka still akan pakai untuk mengelakkan jangkitan dengan orang lain

jadi budaya memakai topeng ni diharapkan diterapkan walaupun tak masa jerebu
masa orang sebelah makan asap pun kita boleh pakai, bia dia terasa
nak makan asap pergi hutan sorang2. 
masa aku selsema aku pakai topeng muka. aku pakai masuk opis
sebab aku taknak menjangkitkan selsema aku ni dekat orang lain. baikkan aku
tapi baru beberapa lama aku pakai dah ada orang tanya napa pakai topeng dan aku katalah 

selsema la. kang menjangkit plak

pelik2 je kau ni topeng bagai. 

nampak tak benda ni tak biasa di kalangan kita
jadi aku tanggalkan topeng aku dengan harapan biar dia kena selsema aku
padan muka dia lepas tu.

lepas tu masa jerebu ni aku dah start pakai topeng
aku tengok dekat mana2 kawasan awam, ramai tak pakai
kenapa? sebab benda ni tak biasa lagi. pdahal jerebu dekat seremban ni teruk
memang kelam gambar. kau nak kua pun leh terlanggar pintu.
almaklumlah pintu tak nampak. heee over

aku pun pakai naik bas, aku ada spek takde power
aku pakai sebab nak elak habuk masuk mata. masa tu mata aku dah merah2 bagaikan drakula
aku takut aku bertukar jadi twilight je pasni. aku tak sanggup
hehehe lepas tu aku naik bas. aku pakai topeng dengan spek dengan harapan
aku takdelah kena benda2 pelik ni. asap jerebu ni busukk siyess
bau dia tahap hilang selera makan kau dibuatnya

aku tak dapat tempat duduk jadi aku berdiri
aku perasan semua stare dekat aku. aku paham benda tu nampak pelik
masalahnya bas tu pun busuk, tak paham napa ada boleh tahan
at least pakai topeng dapat selamatkan diri dari bau2 pelik
ada budak sebelah aku tenung. aku tenung balik. terus lari
muka aku ada gaya2 perompak kot

apa2 pun. harap budaya memakai topeng ni dibiasakan
sebab benda ni benda baik. dah boleh ambil percuma pun kan dekat hospital
jadi cuba2 lah pakai. ini pun untuk kebaikan kita semua
udara sekarang tengah tak bagus. banyak baik dari buruk
sebelum kita membiarkan partikel2 merepek tu masuk hidung
kita halang dia dulu

jangan menyesal nanti. selsema sakit tekak sakit mata
banyak penyakit dalam udara ni.
okeylah cukuplah membebel, macam orang tua pulak

Wednesday, June 19, 2013

latihan industri kepada pelajar tahun akhir yang caca marba


assalamualaikum
aku nak kongsi satu cerita, cerita ini adalah cerita yang berlaku dekat aku
dan berlaku dekat kawan2 aku, selalunya untuk lepasan tahun akhir kan
tak kisahlah sama ada degree atau diploma
ada certain course akan buat latihan industri dekat pelajar2 neh
ataupun nama cool dia industrial training atau praktikal sudah

then berlumba lumbalah pelajar2 neh akan cuba apply company yang gah2 gebooom
then lepas satu ketika bila dapat pratikal kat company yang dah dipilih
maka bermula lah era pembelajaran di dunia perkerjaan

selalunya pelajar2 neh akan teruja atau eksaited gila babas
ada yang nervous macam takut nak kerja, macam manalah kerja, susah ke apa ke
jadi perkara ini termasuklah dekat aku. 
masa mula2 aku nak masuk, nervous aku tak payah cakaplah
aku siap rasa aku takleh bawak lah, berenti lah, padahal sampai company pun belum
then masa mula2 masuk, mereka agak terkejut.

aku ingat terkejut tengok aku tapi rupanya terkejut sbb tak tahu ada kemasukan student training
aku agak pelik sebab surat dah bagi sebulan awal kan
sepatutnya penempatan untuk aku dah ada, tugas untuk aku dah ada
kalau nak kata sibuk, apa tugas human resource??
human resource memang banyak kerja yang lebih penting kan
tapi dalam skop kerja kan memang ada, kalau takde hati nak entertain student training
jangan amek, sebab banyak akan buat budak2 ni buang masa je

jadi aku termangu nak dekat seminggu
sebab mereka tak tahu nak bagi aku buat apa
sebab tak diberitahu, dan aku duduk meja belakang buat hal sendiri
memang tak kena layan sangat, masuk minggu ke dua baru ok
tapi still aku tak buat kerja aku. aku buat benda2 simple, potostat2 dan potostat
hmmmmmmmm

banyak student bila time praktikal training dia akan buat kerja lari skop dia
dia akan buat benda mengarot, by the way aku tak cakap semua syarikat mcm tu
tapi kebanyakannya contoh bank akan bagi satu position kat student untuk dibuat
kalau company macam kerajaan neh errmm sorry. still level bawah2, budak tak kena layan

then macam contoh kawan aku dapat bank, yepp dia dah disediakan satu position
yang relate dengan course yang sedang belajar. and mestilah dia seronok
dapat apply apa yang dia belajar, kat situ dapat teroka perbezaan antara dunia luar and realiti

kebanyakan tempat gomen adalah letak pelajar2 training neh dekat memana
and tolong bantu apa2 yang patot. potostat ke, tampal gambar ke, 5s ke kan
untuk dapat positon yang betul2 relate dengan apa yang dibelajar adalah sangat susah
dan kepada human resource tak kisahlah swasta ke gomen kan
sila attach student neh mengikut course yang dia belajar
jangan main campak je sebab nak selesaikan cepat

benda2 macam ni nampak kecik tapi masalahnya membebankan
okeh kita ambik satu contoh, business management adalah satu course yang sangat luas
ada markting, finance, human resource, international business dan entah segala apa alam
then tengoklah student tu course apa. kalau dia finance jangan letak dia kat marketing
kalau untuk proses kenal2 mungkin boleh tapi bagi dia masa 
sebab budak finance dengan mkt tak sama

dan bagilah pelajar2 ni peluang untuk merasa something yang berkaitan dengan course dia
sebab sebelum masuk company, doang dah set kepala nak buat something macam yang dibelajar
jadi bagilah peluang. at least sebagai preparation untuk mereka sebelum masuk
alam peekrjaan sebenar.

cadangan aku satu je, kalau takde hati dan tak pasti nak letak budak training kat mana
jangan ambik, tolak dari awal. bia company yang betul2 nak fully utilize student neh ambik
kadang2 budak2 bukan nak ambik kisah sangat pasal elaun
doang pentingkan apa yang doang belajar dan dapat dari syarikat tersebut
kalau nak gunakan student sangat, gunakan mereka di landasan yang betul
okeh tengkiyu.

Monday, June 10, 2013

perniagaan secara paksaan

assalamualaikum
minggu lepas yang lepas2, aku ada pergi perak
yang kawan aku kawin tu kan, masa on the way balik
aku singgah metro kajang. sebok nak beli casing hempun baru
masa jenjalan bawah tu banyak la sale beg

gelap mata jugak aku tengok sale beg tu
dari 300 jadi 90, mana tak gelap mata
just takut sale tu kelepet je kan 
jadi aku lepas dah beli casing tu aku terus turun bawah
macam groundfloor la kan, dia jual beg lambak
masa aku tengah pilih2 tu, dekat sebelah kedai beg tu
ada kedai jual macam losyen tangan kaki dan badan *mcm nama penyakit lak
tapi losyen brand tak pernah dengar
kompem brand cap ayam

then lepas tak jumpa beg yang berkenan *padahal mahal
aku terus belah dengan kak long nak pergi minum
yelah nasi minyak kat perak tu dah jadi angin dalam perot aku
punyalah lama dalam kereta weyh, dengan jem segala hapa
so nasi minyak tu memang dah merayaau pegy kaki tangan kepala
so perut aku pun kosong. panjang plak membebel

then salesgirl losyen ni panggil aku
memula aku malas sangat sebab aku dah lapar
aku tengok spagetti kat kedai sebelah dia dah lambai2 aku haa
so aku kata taknak, then dia kata takpe sekejap je. aku dah taw dah neh
tapi aku layan je lah tengok apa dia nak kata, 
so dia tepek2 kat tangan aku and gosok2, dia urut best aku bia je lah
sapa taknak urut free, lepas tu dia bezakan tangan kanan aku dengan tangan kiri aku

dia kata nampak tak tangan yang ada losyen tu lagi cerah dari takde losyen
dia mungkin ingat aku budak2, dah sah2 laa dah petang seharian aku berjalan
kompem la burn skit, kalau mandi cerah lah balik, sel kulit mati kan
sebenarnya penyingkiran sel kulit mati je pun
then dia tuang lagi skit nak sapu kat muka aku

aku terus pegang tangan dia aku tak bagi buat
sebab aku tak suka pakai benda merepek kat muka
sebab muka aku sensitif, then dia tak puas hati
nak jugak tonyoh losyen dia tu kat muka aku
aku lawan kata taknak. dia tengok muka aku dah lai terus mengalah

lepas tu diaa terus amek percubaan tu jual dekat aku
kat harga promotion la murah la tempat lain x dapat la
aku ni dah 24, macam la baru semalam pergi mall kan
then aku kata aku tolak cara baik, aku cakap aku taknak
muka dia yang penuh senyuman tu terus berubah masam busuk

agaknya penat mengurut tangan aku tapi hapa pun tak dapat
marahlah agaknya tu. aku belah dia muka memang bengang
sebab tu aku kata dia berniaga dengan memaksa
memaksa orang membeli barang dia. cara perniagaan dia salah
dia patutnya menerangkan dengan baik and sopan sampai orang pecaya
nama pun kau meniagakan, kenalah sabar

dan kedua, kenapa aku tak beli sebab losyen dia brand tah apa2
pernah nampakj vaseline ke apa buat gitu, aku tak pernah nampak lagi
so aku tak yakin, tah apa kandungan kita tak pasti kan
kalau lepas pakai muka aku jadi emma maembong tak pe gak
tapi kalau jadi mael lambong sapa nak tanggung kan?
hehehe sendiri kena berwaspada dulu sayaang

satu benda yang aku agak kasihan dan tak berapa suka ialah
untuk perniagaan memaksa seperti ini target pelanggan dia ialah
orang2 tua ni dia tak pandai menolak, aku pernah nampak pakcik tua
dia tataw nak buat apa and salesgirl tu gasakla menyapu losyen kat dia
muka pakcik tu nampak blur je, aku macam terbayang silap haribulan
kompem dia beli losyen tu. sebab apa? sebab modus operandi doang
pujuk paksa customer beli sampai dapat

so kepada sesapa yang nak kena macam ni baik hati2
sebab doang ni manis mulut
and nasihat aku kalau nak beli produk, belilah yang kita biasa pakai
jangan beli brand cikai kalau taknak kulit nanty jadi macam salai
umang aii,.. kbai

Sunday, June 2, 2013

selamat pengantin baru kepada presiden homrum asyraf dengan klasmet ayin

assalamualaikum
semalam aku pergi perak, pergi kenduri kawen kawan lama
kawan lama yang pada aku doang ni special kes sikit
sebab tu aku sanggup travel jejauh dan merasuah orang tertentu ikot aku
masa dekat maktab, semua duduk asrama kan
so dalam asrama ada keluarga tertentu yang dah dibahagikan
ada presiden, naib presiden, angah, alang, acik, maksu makteh maklong segala
macam biasa aku adiklah kan, sebab ketinggian menceritakan segalanya

then yang kawen ni pres homrum aku asyraf aka acap
aku panggil pres je, selalu gak contact ngan dia neh
ngan dia aku rapat gak, dia selalu tolong bagi pendapat banyak benda
so semangat keluarga tu terbawak bawak sampai skang
even skang dia still panggil aku adik, hahaha ramai tol abang aku

then untuk pengantin perempuan ni nama dia syazwani azrin aka ayin
dia ni klasmet aku, budak ni sangatlah comel and chubby
serius aku pun geram tengok. ehh??? hahaha geram kat pipi dia je
then ramai minat dia tapi dia tak layan
dah jodoh kan ngan press homrum aku.



peneman setia. perghh terbaik kak long speed laju gila
yang sebelah kiri tu penyebuk part time



acap and cikgu zul. cikgu zul ni la jadi bapak aku masa kat maktab dulu




pengantin lama dah dengan pengantin baru


aku tegur cikgu dari belakang, aku bagi salam, surprise aa neh
then dia nampak tekejut, tekejut gilaa
aku dapat rasakan dia tacing nampak anak dia neh
mesti dia rasa nak nangis2 gila sebab dapat jumpa aku
pergh aku dapat rasakan macam jejak kaseh antara anak dan bapak
tapi ni bapak angkat laa kan.
masa tu pengantin lelaki dah turun lepak sekali
orang dah ramai balik so pengantin pun merayau-rayau
acap lepak sekali ngan aku

"surayaaaaaa!!!!"

"yee cikguu, ingat sayaa lagi tak anak cikgu?"

"kenapa gelap sangat kamu neh? tekejut saya ingat sapa tadi"

"errkk????"

"sejak bila suraya adik saya ni putih cikgu?"

"kuang ajaq ko"

ayin tah mana telepas aku pun x pasti lah kan
then borak2 segala. perghh best sangat dapat jumpa doang
seme muka tak berubah and maintain macam dulu
just acap burn skit, sebab dia tentera kan
hahaha sebenarnya aku agak terharu bila doang nampak semangat
bila nampak aku. so rasa perjalanan jauh tu berbayar sangat

korang mesti pelik napa aku baik sangat ngan acap and ayin kan
sedangkan kalau ikot logik aku takde kena mengena pun ngan doang sangat
takdelah rapat sangat just selalu keep in touch, tapi ngan acap lagi rapat aku rasa
sebab dia memang act sebijik macam abang dengan aku

masa kat sekolah ayin suka acap diam2 then ayin bagitaw aku
sebab tu ayin tak layan sangat orang lain, ada hati dengan acap upenye
hihihihi so aku tak biakan rahsia ni berkubur begitu aja
so disebabkan aku rapat dengan acap
so aku bagitaw acap then next step dia amek alih
bila ayin taw aku pecah rahsia memang kena debik
tapi Alhamdulillah doang sampai ke jinjang pelamin...:)

lepas jumpa tadi cikgu zul ajak jumpa reramai dekat kl bulan 11
so dengan senang hati dia telah menyerahkan tugas mengumpulkan
anak2 dia yang lain dekat aku. hambbooii Inshaa Allah cikgu sy try
yang penting cikgu payung! :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...