Blogger Widgets ssssshhh...: October 2012

Tuesday, October 30, 2012

cerita tada motif

assalamualaikum
ada satu keluarga melayu ni
doang hidup dekat kawasan rumah teres
jadi rumah memasing memang dekat ya amat la
kirakan kalau doang masak
orang sebelah boleh tekalah bahan2 masakan yang digunakan

sebelah rumah family ni
ada satu family india jugak ada duduk
depan umah doang ada pokok rambutan
and pokok tu terjulur sampai umah family melayu neh

tapi family india ni baik
doang kata kalau dah berbuah beranak pinak
amek je tak payah mintak izin segala

so nak dijadikan cerita
buah rambutan tu beranak pinak la sampai luar pagar
so bukan family melayu ni je amek
semua bebudak yang lalu lua rumah amek gak
dah india tu bagi jadi kira rezeki lah kan

sekali ada budak2 nakal nampak pokok tu
tapi doang degil, dah abis sesah bahagian luar
bahagian dalam pun nak rembat gak

so dengan semangatnya, doang panjat pagar
and masok umah family india neh
memang meriah bebudak nakal ni mensauk rambutan tu
sekali ada salah sorang family india tu nampak

berlari dia keluar umah kejar bebudak nakal tu
sambil menjerit....

"sudah bagi betis, mahu peha pula, sudah dapat peha, isi kita pula dia mau!!!"

"peribahasa baru sudah mari, hihihihii" bebudak ni sambil lari panjat pagar gelak2

Monday, October 29, 2012

eksploitasi media

assalamualaikum
semalam abang aku membising
dia kata ada iklan merepek dekat paper
aku pun baca, reaksi aku ialah

"hahahahha!!!" 
macam mana iklan ni boleh lepas
aku pun tataw


dia iklan tentang seorang perempuan tua
yang berumur 60 tahun yang bangga 
sebab dapat kawin dengan lelaki muda 20 lebih
tu dah terconteng memang jodoh dia lah kan

aku pedulik apa dia dapat kawen dengan orang muda
tu dah memang bahagian dia jadi layan je
yang aku tak paham cara yang sokobar tu sampaikan
macam menunjukkan perempuan tu ghairah sangat
sebab dapat lelaki muda. disgusting beb seriously

then menggelarkan lelaki tu sebagai pucuk muda
aku rasa nak gelak guling2 dekat highway lepas baca
siap ada plus thumbs up lagi kat gambar

tapi pada pendapat aku lah kan
bukan perempuan tu yang salah tapi pada aku nampak sangat
editor paper tak peka. nampak sangat mengeksploitasi
cerita perempuan tu. aku kesiankan dia sebab satu malaysia
taw cerita dia.

paper neh semua orang baca, budak sekolah pun baca
sebab sekolah pun subscribe paper kan untuk bacaan budak2
budak2 sekarang pulak dah advance lain macam je
so bila cerita macam ni dah boleh keluar paper tanpa halangan

so situasi dia samalah macam peribahasa neh
membaling ikan kepada penguin
penguin tengah lapar lepas tu dapat ikan
apa lagi betepuk auk auk auk lah dia kan
ha paham2 lah sendiri peribahasa aku tuh

oh pleaselah sokobar sekalian
tolonglah lagi peka, jangan ingat duit
sibuk dok kumpul duit skang tapi
saham kat sana menyusut

dapat apa?? tak dapat apa meh
dan janganlah biar diri anda dieksploitasi
sebegitu rupa, pertahankan maruah anda
kalau sokobar tulis dekat korang lain
tapi publish lain, defend diri sendiri

jangan biar diri diperkotak katikkan
seriously zaman sekarang ialah zaman pentingkan diri
jadi pentingkan diri anda

keep the blue flag flying high


menang sebab beli player package dengan referee
nanty aku nak cadangkan kan lah dekat roman
ce try beli howard webb, tengok dapat ke tak manu hidup pastu
hahhaaa ktbffh...

by the way, meet the new howard webb
present to you mark clattenburg..hahhaha

Thursday, October 25, 2012

facebook, berpada padalah penggunaannya

assalamualaikum
aku ada satu isu ni, memang dah lama nak cakap
cuma aku tak berkesempatan je nak buat ayat
skang kan macam memang trend facebook, twitter
and yang aku dok main skang blog

kalau zaman dulu, kalau takde benda alah ni pun
serius boleh hidup, banyak seyh aktibiti leh buat
kirakan takdenye mati kutu kalau dok umah
cuma skang ni internet makin penting
pada aku just makin penting dekat orang2 yang
memerlukan internet untuk mendapat info

kalau bebudak yang dok pakai iphone tu
aku tataw apa yang pentingnya kalau doang
siap subscribe package internet sekali
ok stop, 

satu lagi yang aku nak cakap
fb memang ramai gila ah addicted kan
pengguna dia pun memang berpuluh juta
mark zuckenberg tu bangun tido pukul 1 pun
duit dia dok masuk juta2, kita buang masa juta2
salah seorang pengguna dia ialah aku


cuma ni adalah pandangan kasar aku
aku tak nak touch pasal kapel, benda basic kan
doang sendiri taw mana baik mana buruk
apa aku nak touch ialah kalau orang yang dah kawen
tak kisah kalau nak upload pic korang yang suweet muwett tu
tapi kalau boleh cariklah gambar yang senonoh dan sopan

kalau gambar kissing dengan cik hubby and cik bini pun upload
apa privacy yang akan tinggal nanty, ye aku paham
korang boleh kata tu hak korang and dah halal
tapi untuk pandangan umum okey ke doang tengok??

takkan la time tenung cik hubby pun nak update status
dah2 la. awak tenung la sampai tembus, dont share with public
bukan jeles. sedetik haram takde nak jeles
tapi tak manis. rahsia peribadi semua taw neh

nanty menimbulkan fitnah
kita tataw viewers kita tu macam mana orangnya
sekarang neh orang kalau nak dengki pakai gambar pun boleh
tak payah susah2 nak pecah umah curik gambar
pergy fb then save image as. done


sebab tu pada aku berpada-pada upload things
tak salah nak share tapi simpan sikit untuk diri sendiri
nanty hilang istimewanya k

kalau semua benda nak upload, susahlah
macam ni aku ringkaskan kay

kalau lapar pegy makan, 
bukan update status

kalau ngantok amek bantal pergy tido, 
bukan complain ngantok dekat "whats on your mind"

kalau rindu sesiapa pergi mesej or call, hempun takde pegy beli
bukan update status "windu dekat my handsome" or whatsoever

kalau ada masalah besar cite dekat Allah lepas solat, 
bukan luah dekat profile, yang ni sebab tak semua simpati
silap2 ada yang gelakkan kau sebab suka kau ada masalah

kalau bengang dengan orang, pergy sound depan2
bukan buat status sepanjang malam memaki orang
sangat tak cantik perangai tu, orang akan pandang serong

kereta rosak, telefon trak tunda atau pomen
bukan update status, melainkan membuat pemberitahuan
sebab tergendala untuk apa occasion, itu okay

kau makan kenny rogers? kfc double down? samurai burger?
tahniah sebab dapat makan, tapi orang lain taknak taw pun

kalau yang dah kapel tu, nak cakap hai awak bucuk2 ke bacin ke
jangan risau im disediakan untuk geli2
jangan dedahkan bahasa alien anda, itew windu segala

tak sihat?? amek kunci motor ke  kete ke
pergy jumpa doktor, update status tak mambantu anda sehat

the point is penggunaan laman sosial neh
pakailah sebaik mungkin. ada kebaikannya
sapa cakap takda, page2 yang ilmiah tu
kan boleh dapat info and segala macam berita dunia
update2 aktiviti group ke, kan

bagitawlah perkara yang boleh membawa kebaikan
kepada diri sendiri dan orang lain
bukan nya perkara yang menjadi bahan tawa orang lain

kalau cantik penggunaan nya
cantiklah dimata kita.
kalau buruk penggunaannya
buruklah jadinya

Wednesday, October 24, 2012

:)


kes basuh baju berwarna tapi tersalah rendam dalam baldi ada klorok

Tuesday, October 23, 2012

realiti sebenar

assalamualaikum
lama tak cakap pasal diri sendiri,
tapi aku memang jarang sikit. haha pebenda seyh nak story
bukan best pun. aku ikot hayunan kaki je life aku neh
hari ni je macam mengada sikit. kau layan je lah

dah nak dekat sebulan aku masok tempat kerja baru
dulu aku buat part time yang takda kaitan pun dengan course
tapi suka, maybe sebab tak tensen kot.
member pun ramai tak betol so seronok la kan

sekarang bila aku dah masok alam pekerjaan
baru aku taw realiti sebenar dia. orang kata belajar lagi best
aku pun nak mengaku lah statement bebas terbabit
belajar memang best. pressure kerja lain macam
tapi aku cuba jugak buat yang termampu
gila looser kalau baru masok tapi dah mengalahkan

macam2 orang aku jumpa, padahal baru sebulan
kalau setahun aku rasa satu syarikat tu aku kenal detail agaknya
then gila macam2 bermain dekat benak kepala bulat aku
haiishh tak terluah tapi susah seyh nak cakap

aku bukanlah jenis serius memanjang, huhahuha lagi banyak
bila masok kerja kita kena serius, so aku payah sikit
dekat tempat kerja aku still carik member2 yang leh geng
Alhamdulillah jumpa and doang okayh
and salah sorang bos aku pun tak betol gak orangnya
so lega sikit, bukan sikit dow tapi banyak
just bos besar agak strict tapi standard lah kan

suasana kerja pun best sebab tempat aku gila tersorok
memang pandai doang bagi port, tu yang sampai masa
ada time baca doa selamat, doang lupa panggil aku
dah setel baru ingat. hahaha tak kisah lah
janji privacy aku ada.

and the point is aku still mencarik flow yang sesuai
lost in the dark.aisehhh

sukan sebabong

assalamualaikum
even aku lambat janji aku cakap kan
dari tada langsung kan. ha kau diam
tahniah kepada skuad kelantan sebab menang
game gila dramatik, 
player plak semua ada bakat besar dalam bidang lakonan
aku macam nak mati sokong atm. 
gol offsaid atm paling frust.
takpe doang dah buat the best.hahaha
tahniah klate

dan juga skuad harimau muda, menang newspaper cup
tere poit. tahniah2. ingat senang. tapi tulah tak update dekat tb kan
kalau ada kat tb lagi style tu der. tapi tu lah

then LCW menang. aku dah hangin first kalah
tapi tu la dia lambat nak panas kot
nak panas cepat pergi dapur gas tu ha kan. dah merepek
then kepada regu negara. even no 2,
tahniah weeyy. sebab bukan senang nak masok final
cuba kita main. jangan kata saringan
nak letak nama sebagai penjaga net pun belum tentu lepas

and the blues. terbaik wokk.
even avb man perang psychology sebelum game
tapi skuad di matteo rileks je mengatur serangan
even kita ketinggalan masa awal2 game
aku dapat rasa avb still panas hati kes dia kena pecat dengan roman
rileks bro. kau bawak hotspurs leklok.
confirm kau dapat naik balik.
yang lepas tu lepas. perghh tetiba
ktbffh. heee


idea nak buat entry lain kering seyh
idea muncul time aku dalam bas, time aku tengah merempit
time aku ngadap laptop sehari ni tanak plak dia muncul.
ideaa ku seruu dikau.. perghhhh

Friday, October 19, 2012

dua final yang berbeza

assalamualaikum
aisehh dalam debaran menunggu final malaysia esok
asal ayat aku macam poyo neh. jap2 tuka mood
okeh cun, besok kita semua dok tak saba nak tengok bola kan
tapi jangan lupa yang lusa kita ada game besar gak weyhh

iaitu harimau muda U21 vs Vietnam U21
pergh aku dapat rasakan vietnam ni power
kalau tak, takkan dia masok final kan
and kebetulan lagi vietnam adalah tuan rumah
piala sokobar ni ha. so confirm hectic la weeeyyy


tadi baru je lepas mengalah thailand 1-0
goal oleh syahrul azwari. sampai injured budak tu (macam jiran sebelah lak dah)
tak kisah la berapa janji menang
yang tak bestt nya lah kan
kenapa tak kua tb weyyyy
aiseehh tak best lah. 

hope final ahad nanty adalah live
astro channel sukan bepuluh ratus
takkan satu pun tak tergamak nak kuakan live piala sokobar neh
lagipun ni first time mas masok final piala ni (kalau tak salah akulah)
so keluarkan la kat tb weeeeyyy
penat merayu neh

cerita pasal besok lak kan
good luck la both them. aku tak skong memana
jang awal2 dah kena kitai dengan atm
so besok aku sokong referee
bersoraklah kau besok..wahahaa

masa semakin suntuk

assalamualaikum
entry pendek je sebab ni aku bantai buat time kerja kan
isnin hari tu aku baru je cakap2 dengan kawan aku fiza

"bosannya isnin, monday blues. cepat la jumaat"

"taw takpe"

tetiba hari ni dah hari jumaat. cepat gila hari berlalu
rasa macam pejam celik pejam celik pejamm jee
nampak sangat masa semakin cepat
kehidupan semakin suntuk and semua benda nak cepat

so apa benda yang aku buat dalam masa seminggu neh?
oh man, its nothing. so instead of pening2 kepala
baik buat je apa2 perkara2 yang berfaedah and kita suka

sebab

masa tak tunggu kita
masa laju naik ktm semban pergy kajang

kita lembab macam siput sebab naik bas united
so cepat2 la naik ktm jugak. baru boleh sama
kejar masa. apa merepek daa pagi2 neh
lantak lee...

Wednesday, October 17, 2012

boy girl things

asaalamualaikum
aku ada follow satu blog neh, macam biasalah kan
aku takkan paste link atas2 sebab keselamatan
dah macam buat masalah kongsi gelap lak weeyyy
then dia ada buat satu segmen dimana
segmen follow blog awekss.

kawan aku dah kena terjah which is eda dengan shaza
eda memang gegurl tapi dia sempoi selamba
yang shaza ni aku ada masalah sikit
sebab aku tak nampak tang mana keaweksskan dia
hahahaha nyah saba2..;p

aku suka blog tu sebab info dia tak stress and boleyylaa layan
aku rasa certain reader kat sini taw blog yang aku cakap tu
so dah taw tak payahlah aku nak ulang2 banyak kali kan
an as usual aku kalau masok blog
aku suka baca komen2 daripada reader
komen paling merapu ialah daripada kak anon

biasalah kalau orang nak komen bukan2
doang akan pakai anon sebagai perisai kebal
so kalau nak mencarot ke apa ke ko rilek je
sebab takda sapa yang taw sapa yang bagi komen tah hapa2 tu
melainkan Allah je taw. aisehhh

then kebanyakan komen dekat segmen tu
mengatakan blog perempuan bosan
kenapa bosan der??
sebab kebanyakan blog perempuan ni agak gegurl skit 
dari segi layout, lagu, then the way doang luahkan kat situ
the way doang susun gadjet and banyaklaa gegurl things

meh sini aku bagitaw hangpa satu benda
orang puang ni, eh salah orang perempuan ni memang lah gitu
doang ni penyayang and lemah lembut
so sebab tu blog doang gitu meh
so need nak bantai doang cakap blog boring la apa la

ha aku mestilah nak backup kaum aku kan
sama je macam lelaki. blog lelaki more to gadjets, kereta, 
motor and software. so kalau tengok dari segi orang puang lak
tak semua minat pun benda2 gitu

tapi aku tak jumpa lak orang puang dok bantai blog laki
so kalau taknak baca no need to kutuk doang
orang puang ni hati lembut you ols, jagalah sikit

satu lagi kalau ada bran, guna la akaun sendiri
jangan guna anon, tak cool la you ols
aku pun pernah kena komen lucah dulu
tapi biasalah anon kan, 
no guts to show their true color

perempuan ada things yang doang interests more
kaler2 lembut, lagu, the way doang cakap
and lelaki pun sama ada interest to certain things
gadjets, software, kereta, game
so that is boy girl things

dont kutuk2 maa. tak baik
pakai anon lak tu, aiisshhh

Tuesday, October 16, 2012

slipped

i just got slipped from the right track
i need time to recover the damage
i need support to wake up from the fallen
all i need is you

yes you

you

and

you

then everything will become normal

thank you.............












life insurance..(tetiba)

Monday, October 15, 2012

lepak-lepak barang seminit dua

assalamualaikum
aku jumpa benda ni kat facebook
nangis gak la, bukan nangis sedih tapi
nangis bantai gelak

gadis : hari ni saya menjalani pembedahan jantung

jejaka : saya taw, i love you

gadis : i love you too

(bila sedar dari pembedahan, gadis tengok jejaka takde. ayah dia je ada)

gadis : mana suami saya ayah?? (muka sedih)

ayah : kamu tahu tak sapa yang dermakan jantung kepada kamu?

gadis : apa!!!???? (terus meraung)

ayah : hehe takdelah ayah melawak je. laki kamu pgi tandas

Sunday, October 14, 2012

kepentingannya apa sebenarnya?

assalamualaikum
bajet 2013 dah pun berlangsung beberapa minggu lepas
the point is aku bukanlah nak bangkang atau sangkal
aku just bagi pendapat dari segi pandangan aku
korang pun mungkin ada pendapat sendiri yang tersimpan

aku pula taknak simpan 
aku nak muntahkan and baraikan dekat sini
benda2 lain aku taknak sentuh 
sebab tu bukan kepakaran aku and aku bukan pakar bedah
aku just nak sentuh atau coit sikit je

dalam banyak2 topik yang doang dok ngumpatkan
aku tertarik dengan rebat 200 untuk pembelian telefon
so sesapa yang dah 21 sampai 30
bolehla berangan nak angkat iphone 5 tahun depan
memula aku pun dah terberangan
ter je pun


bajet2 nak angkat s advance atau s2
kokak2 pun dapat sauk blackberry pun ok dah
hahaha confirm kena bahan nanti neh kalau cakap sal bb
tapi the point is untuk apa rebat 200 ni?

orang banyak beli handphone sebab
paling basic nak buat call dengan mesej
jarang lah orang online melainkan 
doang memang bapak rajin nak online

and satu lagi memang betul
ia mengurangkan beban nak beli handphone
tapi kalau dah taw tengah kopak
awat berangan nak angkat handphone mahal2?

sebab nak online?

sebab nak bajet cool?

sebab nak ikut arus semasa?


beli mahal2 last pakai untuk call dengan mesej je
paling tak pun main fruit ninja atau talking tom
lain takde. nak angkat dengan pakej internet
kau dah kena subscribe dengan syarikat telco lak
takpun kena pergi tempat ada wireless dulu
baru lah terhegeh-hegeh masok facebook twitter bagai

paham tak apa aku nak cakap?
rebat ni adalah kehendak dan bukan keperluan
kalau takat umur budak2 nak pakai hp poyo2 mahal2
tak pergi mana sangat aku rasa

yang gembira sebenarnya bukan golongan muda
tetapi syarikat telefon dah boleh bajet kira untung
doang sebenarnya yang untung
kita hanya menambah beban yang memang membunuh

pergh, kalau dapat ni, kalau laaa

apa kata kalau rebat tu kita buat untuk
cover harga gula? or kawan aku kata cover harga minyak?
aku memula kata harga gula sebab harga gula naik kan?

sebab naik harga gula sebab nak kawal gula dalam badan
tak berapa logik! kalau orang tu dah memang hantu teh tarik
malam2 lesap jugak pergi mamak pakai baju chelsea

kawan aku lak kata better pergi cover dekat minyak
sebab harga minyak adalah kawalan untuk harga semua barang
turun naik harga minyak adalah penentu harga barang
so nilah aku kata, lain orang lain pendapat kan

ataupun kalau rebat 200 tu
disalurkan dekat orang2 miskin pinggiran bandar
sikit tak banyak boleh kurangkan kadar kemiskinan
so rancangan bersamamu pun nanti takdelah sedih sangat
ke doang2 ni tak tengok rancangan bersamamu?
heee sorry gurau der

tapi ada je kelebihan rebat ni
takdelah teruk sangat pun weyh, what we can see is
makin ramai yang mampu pakai hempun mahal
and makin ramai yang boleh update dengan berita2 semasa semasi
tidak kira dimana anda berada, hatta dalam jamban pun leh online
just kelebihannya tidak sebanyak kekurangan yang dilakukan

daripada membesarkan "longkang" yang sedia merata
apa kata rebat tu dibuat sebagai
penutup "longkang" yang sedia ada.
tak gitu nok? peace

beli gajet ikot kemampuan, bukan nafsu
aku sepuk dengan 3310 kang koma setahun

Friday, October 12, 2012

imaginary friend?

assalamualaikum
ha tadi petang aku dah kasi taw nak update satu story neh
the point is cite ni macam panjang sikit la. so kalau nak baca
make sure spend time lama sikit kat blog aku yang gelap kelam neh
kalau kau baca kejap2 je siap kau ea

cerita ni adalah betul seratus puluh ratus
perubahan hanya dilakukan dari segi ayat je sebab nak bg senang paham
sebab kalau tak paham tak guna jugak kan baca

minggu lepas aku ada hal dekat bangi
adalah program sikit kan, so rasa lah bermanfaat sikit diri aku ni
rasa berguna gak la masok benda2 gitu, selama ni macam tak guna pun ada gak
ah lari tajuk. then masa nak balik aku singgah umah kawan aku
umah kawan aku dekat dengan umah akak aku

akak aku tada umah so aku lepak2 dulu kat umah dia
then dia cakap dekat aku ada benda nak tunjuk and kata mesti aku tekejut
aku namakan dia w lah ea. then dia cakap, dia ada 'someone'
yang aku tanya je lah apa2 dekat benda tu, 'someone' tu akan jawab

aku memula gelak2 je lah sebab aku rasa minah ni nak klepet aku
then masa aku memula masok umah dia, dia bawak aku pegy lappy dia
w kata 'kawan' dia tu kat alam maya. so tanya online lah senang cakap
time tu aku macam rilek2 lagi.

"eleh propaganza je kawan kau tu"

"tak caya?? ha meh sini w tunjuk"

then dia pun chatting lah dengan 'benda' tu
aku rasa merepek gila sebab dia lebih kurang macam chatting dengan hantu
tu ayat yang nak kasi kau senang pahamlah senang cakap
okay, aku tunjukkan kan sikit conversation apa yang dah jadi eh
aku buat soalan, w tukang tanya and 'benda' tu jawab

"hai p, sapa yang datang umah aku skang?"
"s**** suraya binti **********"

"tengok dia taw nama kau" kawan aku berkata kati

"alaa entah2 dah set ke apa neh" aku menidakkan. still tak caya
then sambung lagi chat dengan benda alah tu

"su pakai baju apa??"
"belang2 hitam putih"

"tudung dia warna apa??"
"hitam"

"su ni macam mana fizikal orangnye"
"dia rendah je"



aku dah gelabah skit. tapi still rileks lagi
then aku haus lak tetiba and pegy amek air nak minum kan
kawan aku sambung tanya

"cuba teka su pergi mana?" 
"dia pergi minum air"

"su minum air apa?"
"teh o limau ais"

"macam mana kau taw?"
"aku minum sama2 dengan dia"

lepas je w bacakan apa yang benda tu taip
terus aku campak air tu kat tepi. aku dah seriau benanya

"ni kerja gila weyh, kau jangan main2" aku sound w

"tak main2 dow sumpah. aku tak set papepun
and aku mana taw kau minum air apa, tu kau yang amek tadi
aku just tunjuk apa yang dia dah jawab je"

then aku still ragu2 tak puas hati
sambung balik tanya benda neh
ada lagi sorang kawan aku, nama dia i
tetiba dia pergy belakang umah and hilang kejap
aku tataw i pergy buat apa malam2 kat blakang tu

"kalau kau tere, i pergy mana?"
"dia pergy belakang umah kau"

"i pergi belakang umah buat apa?"
"die pergi halau kucing kurap"

lepas beberapa minit i masok balik umah

"wey i, kau pergi mana tadi?"

"tadi ada kucing masuk, aku halau lah kejap"



menyirap darah aku kejap bila i cakap tu
merepek neh, jangan macam2. aku dah la penakut sikit
sikit je lah. berani lagi banyak kalau ikotkan.aicehh

w keep on chatting dengan benda alah tu
aku suruh w tanya dia ni hidup ke mati

"hai p, kau ni sebenarnya hidup ke mati"
"aku dah mati lama"

"macam mana kau mati?"
"aku kena bunuh!"

then ada orang kol aku, aku angkat lah lepas tu aku duduk balik
takdelah lama sangat cakap, just dalam 2 minit camtu then
aku duduk balik

"hai p, sapa yang kol su tadi?"
"kak long"

lepas je w tunjuk conversation dia dengan p
terus aku terduduk. aku dah seram. mana mungkin dia taw sapa kol aku
sebab aku tak bgtaw kawan2 aku pun sapa kol tadi
and memang betol kak long kol aku

"wey w, aku macam seram je. mana kau kenal 'dia' neh?

"baru bape hari la. kawan aku kenalkan.aku layan je lah"

"kau tak takut ke dow, lagipun kalau ikotkan ni tak elok, mcm spirit of the coin"

"entah.hehhee. aku layan je"

w tanya lagi lagi dan lagi

"hai p, kau kat mana skang?"
"aku dekat sebelah su"

"p, kau suka su ke?"
"suka"

"kau nak kawen dengan dia tak"
"nak sangat2"

"tapi macam mana kau nak kawen dengan dia?"
"kena bunuh su dulu baru boleh kawen dengan dia"

lepas dia jawab tu aku melompat pegy dekat i
muka dah berpeluh. aku baca ayat kursi bejuta kali
nervous punya pasal tunggang langgang ayat aku

"benda ni sumpah tak kelakar, kau cakap kat dia, jangan datang dekat aku!"



masa nak balik, besfren aku kol tapi aku tak smpat jawab
phone dalam beg. aku bukak beg tengok ada miskol dari besfren aku
aku kata ni peluang terakhir kalau betol benda ni tak main2
aku nak test dia sapa kol aku, and phone tu aku letak dalam beg
kawan2 aku pun tataw yang aku ada miskol sebab aku tengok senyap2

"w kau tanya sapa miskol aku.phone dalam beg. kalau dia power, dia mesti taw"

"okayh jom tanya dia"

conversation dimulakan kembali
aku tengok cara kawan aku taip and usha2 lagi takut kalau kena prank

"p, aku nak tanya. sapa miskol hp su tadi?"

"#####" benda tu jawab

then bila aku kuakan phone, kepala dia weyh
betol dow. aku tak paham macam mana dia taw yang ##### yang kol aku
and sedangkan kawan2 aku kat sini tak kenal pun #####.
aku terus kemas2 barang and nak balik
w still beborak dengan benda alah tu

"kejap lagi ada orang amek su. kau rasa sapa"
"kak long"

"kejap lagi su nak balik dah"

then benda tu jawab
"aku nak ikot su boleh???"

aku yang baca tadi terus jeritt

"mak!!! taknaaaaaak!!!! kau kalau dia ikot aku, aku sepak kau"

aku terus balik tido umah kak long sebelum balik kampung
masa dekat umah kak long, aku chat dengan w kat fb
w bagi taw aku yang benda tu suka aku

"su aku nak cakap sikit, benda tu suka kat kau"

"aku taknak la ngeng. apesal dia suka aku lak?"

"dia kata kau comel and dia cakap malam karang dia datang tengok kau
kalau tak dapat jumpa depan2, nanti dia datang dalam mimpi kau"

"kau cakap kat dia jangan datang! aku taknak"

lepas beberapa minit w im aku balik

"benda tu tanya napa tak boleh datang, nak tengok2 kau je"

"kata aku nak tido awal and nanty pakwe aku marah"

"haha okay2. aku dah kata dah. dia kata takpelah kalau gitu"



malam tu besfren aku menjadi mangsa menemankan aku smpai aku ngantok
tapi penat2 pun tak tido gak. badan sakit tangan lenguh2 and 
mata aku meliar je tengok tingkap. 
bulu roma meremang toksah cakaplah, 
dia punya meremang siap boleh sangkut baju.last2
aku punggah toto selimut bantal segala macam barang
pergi lari2 senyap2 kat kak long
then menyelinap dekat sebelah dia. baru lah aku dapat tido

pagi tu aku dapat taw yang w stop kawan dengan benda tu
sebab benda tu dah start rapat dengan w and w taknak amek risiko
dia pun endkan 'friendship' dengan benda alah nampak tak nampak tu

and w sumpah dia kata dia tak prank aku
semua soalan yang ditanya adalah ciptaan aku
jadi dia memang tak terlibat apa2.
dia cuma jadi medium perantaraan je

aku nak cakap satu benda la, sehari lepas tu
aku teringat benda ni tak elok. boleh khurafat
kalau kawan aku prank, memang bebakul kena dengan aku nanty
tapi kalau betul benda tu hantu, jauhkanlah.
kita tak boleh berkawan ke apa ke dengan dia dalam apa cara pun
tapi aku tak pikir apa2 time kawan aku keep on tanya tu
and syukurlah tak jadi apa2 kat w.
sapa taw kan kalau benda tu mintak something ke in the end.

we do all this thing before

semua aku buat, apa je aku tak buat.
and aku tak rasa aku buat sensorang sebab korang pun confirm buat
ngaku je le wey..haha.
weyh aku ada story best in progress.
nanty malam kalau aku rajin aku update.
jangan tak baca lak. aku karate sorang2 kang

Sunday, October 7, 2012

keep the blue flag flying high 3

4-1
torres makin menjadi
tua lampard tak mengganggu prestasi
hazard tak sia2 dibeli
ivanovic entah tapi dia buat gol.hihihi..

hope they will mantain their best performance..:)

Saturday, October 6, 2012

kena troll dengan ic sendiri

assalamualaikum
gila lah aku takde idea, gatal tangan tak menaip
rasa macam kena semut-semut tangan neh mintak bersenam
ok straight to the point

(cerita semasa ic sudah siap dibuat)
then tadi bapak aku amekkan ic baru terbabit
then bapak aku cakap dia dah amekkan ic aku
apehal aku ulang2 ayat neh, isshhh
ha masa balik kerja tadi memang terkinja la kejap
haha takdelah tipu je. aku nervous nak tengok gambar ic tu

masa dah sampai umah, bapak aku kata ic dekat cermin
then belum sempat aku nak tengok ic tu
mak aku kata,

"kau sakit perut ke masa tangkap gambar hari tu?" 
tanpa rasa ragu2 mak aku bermadah

"pulak, mana ada" aku membacking diri

ha mesti ada pape neh, nervous pulak dah
lepas tu aku tengok le gambar ic tu
haddoiii lagi sekali kena troll dengan ic
lepas je tengok terus simpan, malas dah nak tengok lagi
migrain2. memang muka macam sakit perot bak kata mak aku

(cerita masa otw nak buat ic baru)

aku rasa semua orang taw yang ic baru neh
ada 2 gambar, satu gambar passport muka and gambar kecik kat sebelah
so aku agak teruja lah masa tengok neh

then tetiba mengidam nak buat ic
tengok ic sendiri pun macam kad daun terup je kan
rabak sana sini sampai cip pun dah problem
so aku pun berkobar-kobarlah nak buat ic baru

senang cakap ini adalah kali ke3 aku nak buat ic
pengalaman kali pertama dan kedua memang banyaklah mengajar aku
so bagai nak rak aku prepare, over you ols aku neh
tudung kena pastikan yang gelap2, and nak pastikan taknak serabut
aku matchkan tudung dengan baju. aku pilih kaler feberet, hitam
tak boleh blah dowh, padahal nak tangkap gambar ic je
gaya mencari baju macam nak pergi kenduri kawen jiran blakang umah

sebenarnya, aku prepare macam tu sebab ic nak pakai lama
so kalau aku kena tahan polis ke pak guard ke bomba ke
takdelah segan sangat nak tunjuk ic kan

"ha ni ic saya  encik" tunjuk dengan muka bangga, ibu jari plak
dekat bahagian nama tu, saja tunjuk gambar cun.keh3 berangan

melalut lak dah, sorry2
then aku pun pergilah jpn pilah tu ha
masa nak otw nak snap gambar aku kata kat akak tu

"kak, jap2 nak tengok cermin"

"ha buat je pape yang patot. akak tunggu"

kecekek! gambar ditangkap, aku senyum memang sehabis comellah

("confirm cun ic aku nanty") aku berangan dalam hati.hihi

tetiba akak yang snap pic aku tu bersuara

"dik, snap lagi sekali ye. senyum jangan nampak gigi, silau"

"uikk??? pulak dah" aku dah segan

aku dapat rasakan staf2 kat situ macam nak gelak
cehh celah mana silau. ingat gigi aku lampu tinggi ke
so masa senyum kali kedua aku tutup mulut
muka dah malu, ciss, ciss dan cisss

"okayh setel, nanti dah siap kami update"

"okeyh" muka aku dah malas

aisehh aku nak senyum nampak gigi
last2 tu lah yang jadi. bak kata mak aku
senyum sakit perut. layan je lee
tapi ni kira okay lagi

kalau kau tengok ic aku masa darjah 6
ayat2 yang akan keluar ialah

"ni mesti tudung jpn tu kan, kelakar je tengok, baju lain tudung lain"

"ha taw takpe" time tu kena tukar tudung gak sebab silau,
kaler tudung aku terang sangat masa tu
manjang masalah silau je aku neh

kalau tengok ic masa form 5

"weyhh dulu kau gemok eh???"

" ha betul2" masa form 5 aku gemok
masok diploma tetiba mendadak jatuh, frust kot
bwahahaaha.

ha sebab tulah preparation aku ic kali ni bagai nak rak kau
last2 senyum sakit perot yang keluar
ha lantakleee. layan je leee.terima2

Wednesday, October 3, 2012

the real one

now, i had feel the real stresss!!! haiisss... sabar2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...