Blogger Widgets ssssshhh...: April 2013

Sunday, April 7, 2013

tak sangka kampung aku boleh tahan view dia

assalamualaikum
aku semenjak 2 menjak ni malas plak nak berfikir
tu yang takde entry yang kua tu. kepala ni mengada
nak lepak je keje. aku layankan je
aku kalau bosan2 aku suka jalan2 masok kampung aku
kampung aku belakang umah je, so takat jalan kaki boleh
tapi aku maleh jalan kaki, aku naik motor. heee

aku sebenarnya suka download gambar pemandangan yang cantek2
mana2 aku dengar ada view yang cantik aku google
then tanpa disangka sangka aku tataw plak yang
kampung belakang umah aku boleh tahan lawa dia
terutama time matahari naik dengan terbenam

time matahari nak naik pagi
siap boleh nampak kabus2 you ols. feeling2 cameron gitu
time matahari terbenam,
pergh cahaya dia menyinari segenap pelusuk daun
tetiba aku rasa aku over explain lak
hehehe


feeling2 time pagi..heee




cameron highland you ols. ada kabus2 gitu







kabus dah kurang sebab matahari dah timbul.



sungai ni tempat aku dengan sedara mara aku berkubang dulu
dulu sungai ni dalam, aku main kat tepi je sebab takut tenggelam
sekarang dah cetek. kau pegi tengah pun takat betis2 je

feeling2 time matahari terbenam



aku dok sibuk mencari pic2 yang lawa
sedangkan aku baru taw yang kampung belakang umah aku pun boleh tahan
mungkin tak secantik gambar kat luar negara
tapi ciptaan Allah ni memang cantik
dan takde bandingannya

macam tulah manusia
mereka mencari sesuatu sampai ke hujung dunia
tapi tak perasan apa yang mereka perlukan
ada je ditepi mereka
tapi mereka je yang tak nampak..:)

Wednesday, April 3, 2013

selamat pengantin baru kawan - ain dan arzee

assalamualaikum
minggu lepas hari sabtu aku pergi kenduri kawan aku
ha kau, aku kalau yang kawen2 ni kawan2 aku
memang semangat juang yang tinggi aku nak pergi
yelah kita kawan dah lama, jadi nak taw jugak lah kan
macam mana ghupe mereka mereki ni bila kawen
then lepas dah deal dengan ajum and aisyah nosri
so kami bertiga berlepas lah ke batu berendam melaka

dah nama pun first time pergi
tipulah tak sesat, ada sampai satu masa tu
kitorang keliling satu bulatan tu sampai 3 kali
konpius gila wey macam mana tah jalan tu
gps ok tapi dia pergi bantai bagi jalan jauh
sampai ke jalan mati, last2 jumpa jugak rumah kawan aku tu
selepas menggunakan hati dan perasaan *apa aku merepek ni*

dia ni comel sangat3, nama dia nurul ain rasip
dia ni kalau senyum memang sampai ke telinga
and kalau gelak tak hengat dunia, dia ni sama sekolah dengan aku
masa dekat serting dulu, macam2 benda jugaklah buat ha
dia ldp (lembaga disiplin pelajar), sikit tak banyak
banyak dia tolong aku dulu tawuu

dia ni baaaikkk sangat and dah rezeki masa diploma 
aku dapat sama tempat dengan dia kat melaka
tapi dia akaun aku bisnes dan aku lupa dia kat melaka
masa jumpa dia sabtu hari tu aku tanyalah kan

"ain, kau dulu diploma kat mana ea???"

"kat melaka la suraya, kan kita sama kawad yang menang tu. 
kau kenapa lupa???"

"ehhh kau melaka ea??? ooo ingat dah. hahaha macam mana aku boleh
terlupa kita sama dulu. adoii'

"hahaha tak guna suraya" 



weeyyy jom main lagu pitbull!!!




alamak, sakit perot plak! kontrol2..




buat tol plak dah, ingat aku sami vellu ke???




welllo ainn! cantik betol kau. selamat pengantin baru
dah kawen ni perangai gila2 kau tu kontrol sikit
kang husband kau sekali gila macam kau..hahahha
jangan marah! sayangg kau.. k dah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...