Blogger Widgets ssssshhh...: 2014

Monday, November 17, 2014

kepercayaan

Salam
 
Ada satu masa nanti kau akan terkejut bila kau tengok orang yang paling dekat dengan kau pun susah nak dipercayai dah. kehidupan ini aneh tapi itulah hakikat. bermacam ragam manusia ada sampai yang tak masuk dek akal pun boleh ada. aku sayang kau tapi aku tekejut bila kau sanggup bercerita tentang aku dekat orang lain dan yang sebaliknya juga berlaku.
 
bila si A bercerita pada si B tentang si C, si C bercerita tentang si A dekat Si B, jadi sebenarnya mana kepercayaan tu dibina. percaya itu lenyap sekelip mata. semua memori lessap bagaikan angin. aneh bukan, kadang2 rasa tak percaya tapi itulah hakikat.
 
percaya pada Allah, itu lebih baik. tidak mengecewakan dan tidak pulak dikecewakan. rajin2kan diri Su. lets rock!

Tuesday, August 5, 2014

keadaan semasa diri sendiri

assalamualaikum
dah lama tak update so aku update skit pasal diri aku okay
nak baca silakan tanak baca sudah. haha 
sekarang aku dah kerja dekat petaling jaya. nak dekat 6 bulan dah
so setakat ni semua okay dan aku boleh cope lagilah dengan kerja ni
company aku kerja skang sama dengan masa aku praktikal dulu
cuma beza aku sekarang dekat cawangan berlainan

pergi kerja semua orang naik kereta, aku dengan kental naik motor
tu la kau sapa suruh tak ambil lesen kereta dulu
sekarang menyesal tak sudah aku. orang dah jauh bawak kereta sampai siam
aku baru nak kenal stereng kereta tu apa
tu la, dulu mak suruh amek lesen ketegaq tanak.

jeles jugak tgk kawan ramai pakai kereta
aku weng2 pun takat mampu motor je le tapi syukur sebab kalau jem 
aku sampai dulu. keh3. sapa suruh ko pakai kereta
kan dah sangkot kat jem.

dan sekarang aku hampir sepenuh masa menetap dekat petaling jaya
tapi asal hujung minggu aku akan balik kampung atau balik kajang
kau taw reason dia sebab apa? sebab aku nak tengok running man
teruk gila aku obses ngan cerita tu, sampai semata balik kampung
rumah takde astro lah katakan, budak rumah aku jenis tak tgk tv
jadi membazir kalau amek astro

baik aku balik kampung, dapat jugak makan free.
bosan lah pulak cara aku bercerita. tunggu aku mengkreatifkan diri aku balik

Thursday, July 24, 2014

sedikit luahan

assalamualaikum
Sekarang ni kehidupan aku dah berubah 100%.
banyak benda yang aku belajar dan aku paham sikit2.
dunia persahabatan, dunia bekerja, dunia belajar
kadang2 aku rasa aku terfikir boleh ke aku cope dengan semua ni?
aku cuba sebab kadang2 aku just ikot flow tanpa mengetahui apa yang
aku tengah buat.

cuma aku sedikit sedih bila ada kawan dulu siap kata
"even saya dah kawen, saya takkan lupakan awak, awak sahabat saya"
aku tak pernah mengharap apa2 persahabatan dari orang yang sudah berkahwin
yang sudah berkeluarga dan mempunyai banyak tanggungjawab
sebab aku tahu banyak benda lain yang perlu difokuskan
cuma aku ingin menasihatkan jangan mengeluarkan janji kalau tak boleh ikot

kau mengatakan carik kau jika memerlukan apa2 dan nasihat
kelakar kan, kerana masa aku mencari kau
tiada apa2 balasan yang aku terima
macam biasa aku tak marah, aku paham kau manusia biasa

aku tak marah pun kalau kita terputus hubungan
aku marah kalau bermain dengan kata2. lagi2 bermain dengan agama
aku cuma ingin mengatakan aku tiada kawan yang sombong
dan jika kau seorang yang sombong
kau bukan kawan aku. bukan aku yang putuskan persahabtan
tapi kau yang melakukannya. senang bukan
all the best buddy, kalau aku terserempak dengan kau
aku tak kenal kau. :)

btw sekarang aku sudah mempunyai kerjaya tetap, Alhamdulillah
aku cuba untuk mengumpul duit sebanyak mungkin
bukan untuk sesiapa, aku just cuba untuk balas jasa ibu bapa aku

sebenarnya terlalau banyak benda nak diceritakan
izinkan aku mengumpul tenaga supaya aku mampu mengupdate seperti dahulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...