Blogger Widgets ssssshhh...: sometimes things are better left unsaid

Monday, August 26, 2013

sometimes things are better left unsaid

assalamualaikum, tengok tajuk orang putih habis dah aku
tapi bila post bahasa melayu pulak
manglish sungguh beta ni. takpela sebab ni bukan blog belajar pun
ni blog merepek, nak cakap apa cakap je
kadang-kadang rasa nak luahkan, kadan-kadang rasa taknak
macam hari ni sebenarnya aku tataw aku nak taip apa
aku main taip je, senang cakap aku betul-betul tulis mengikut apa kepala aku fikir

selalunya aku kalau nak menulis, aku akan fikir ayat dulu
yelah aku takut dow kalau tersinggung orang ke, sensitiviti ke apa ke
hari ni tak, aku belasah je sebab kadang-kadang selain daripada mengikut akal
kata hati pun kena dengar gak der. aiceee rasa over plak kan

pernah tak rasa kadang-kadang kau rasa useless kat sesatu tempat
untuk keseksisan, amboii apa benda keseksian ni woi
untuk kesekian kalinya, aku rasa aku macam malas dah nak kerja
aku pergi kerja pun sebab ikot langkah kaki dah memang ditetapkan
amboi ditetapkan kau, ha gitew. rasa macam maknyah bila cakap macam ni

kadang-kadang kita dah buat macam-macam nak satisfy mengikut apa yang dikehendaki
last-last tak jadi apa. kau pernah rasa? aku rasa kali ni dah memuncak sangat
aku sampai satu tahap aku takleh nak bercakap kalau ada satu benda bebankan kepala aku
kadang-kadang aku rasa "apa benda la aku nak buat supaya seme setel?"

untuk satu-satu hal aku tak dapat nak cakap kat orang
sebab kadang-kadang tak semua perkara kau boleh kata and cerita
gila konflik kan aku ni, aku memang konflik and kompleks pun
dulu masa belajar aku takdelah stress tahap gini, aku still boleh layan kepala
layan mp3, layan member2, tapi bila kerja lain dow

dia punya sakit tu macam membawak, hahahaa aku dah gila
bila kau dah tak sedap dengan kondisi kau, kau akan rasa tak seronok
aku sampai tahap kepala aku kosong, aku rasa aku tak serasi kot dengan apa yang aku buat
memang kita tak boleh memilih kerja tapi kalau diberi pilihan aku nak pergy tempat lain

at least buat something yang relate dengan aku
untuk satu-satu masa aku selalu selitkan dalam kepala aku macam ni

"takpe su, ni kejap je. bill gates pun tak abis sekolah dulu" eh tetiba bill gates plak

susah nak puaskan hati semerang, ada orang anggap kau kawan dia treat kau kawan
bila orang taw kau trainee dia buli kau habis-habis
kadang-kadang aku pernah je nak cakap, "mentang-mentang aku trainee je."
tapi bila fikir balik tu tak professional weyh
apa-apahal aku boleh sabar je sebab aku boleh buat apa lagi

aku kalau stress melampau aku akan half day tetiba
taw taw aku dah dekat terminal one, buat apa tak payah lah tanya
seme kedai aku singgah, beli belah lepas tu balik, baru aku rasa release
yupp sebab kadang-kadang aku rasa nak cerita je semua dan kawan aku
tapi dia pun ada masalah gak, takkan aku nak bebankan dia

jadi aku akan belah, taw-taw dah hilang
aku akan bergerak mengikut langkah kaki
pasang mp3, jalan lah pergi mana-mana macam orang takde arah
aku pernah pening kepala taw-taw aku dah dekat kl

aku pergy mid, adoii aku dah merepek sebenarnya neh
untuk certain time aku tahan je lah apa yang aku mampu
sebab tak semua menjadi ikut apa yang kita nak kan
sebab Insha Allah aku yakin perancangan Allah itu cantik

mungkin ada sebab kenapa untuk setakat ni ak jadi kuli je
alaa rilekslaa. adoi start dah cakap sorang-sorang. hahahaha

p/s : entry ditaip mengikut perasaan. hahahauauahuahaaihsidwcwev

7 comments:

skulluv said...

nasihat aku, cuba cari kerja apa yang kau minat. bukan cari kerja atas dasar sijil kau.

sebab tu nasihat aku masa belajar, pilih apa yang kau minat.hehe

Anonymous said...

woho...rilek su...aku faham kot..sebab dah rasa....tak kisah la kerja apa pun kita buat...related ke tak..asalkan kita happy cukup la...tapi once tak happy...selamanya rasa ape kita buat tuh useless....kan kan...pape pun...betul la tuh..perancangan Allah tuh cantik :) jum lepak...haha

Anonymous said...

Hey there, just chill, you are lucky to have a job. Not like certain people…yes like me, it has been a year I have finished my study, but don’t have “rezeki” yet. I always keep in my mind what Ust Azhar Idrus said jgn putus asa…kita semua duduk dlm takdir Allah…berlapang dada.

su suraya said...

skullluv : aku setuju, sebenarnya kita kena buat sesuatu mengikut apa yang kita minat jugak, bukan based on sijil kan, macam kau sekarang, kau buat apa eh? happy tak

mira : hehehe perancangan Allah tu cantik, mesti ada sebab kan. heheh bila nak lepak????

anonymous : tq dear. Insha Allah kalau ada rezeki mesti ada kan. betul yang penting jangan putus asa dan sy pun kuatkan semangat untuk bertahan selagi mampu. Insha Allah kita sama2 boleh..:)

skulluv said...

sekarang ni aku tak happy sebab buat something yang bukan aku minat..hahaha

aku nasihat orang je lebih...huhu

Unknown said...

ala... chill la beb... biasa la tu... kalau tu bukan minat ko, ko kena paksa juga utk meminatinya... nanti satu hari ko akan jatuh cinta ngan keje tu.. cayalah... sebab kekadang ape yg kita ingin tu, bukan semuanya sesuai ngan jiwa kita...

nasihat dr pengalaman beb... cayalah cakap aku... ko keje sehabis baik, sambil tu tunggu peluang yang masuk...

Unknown said...

ala... chill la beb... biasa la tu... kalau tu bukan minat ko, ko kena paksa juga utk meminatinya... nanti satu hari ko akan jatuh cinta ngan keje tu.. cayalah... sebab kekadang ape yg kita ingin tu, bukan semuanya sesuai ngan jiwa kita...

nasihat dr pengalaman beb... cayalah cakap aku... ko keje sehabis baik, sambil tu tunggu peluang yang masuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...