Blogger Widgets ssssshhh...: jerebu topeng dan kekerapan pemakaiannya

Tuesday, June 25, 2013

jerebu topeng dan kekerapan pemakaiannya

assalamualaikum
dalam masa beberapa hari yang sebelum dan mendatang neh
kita semua sedia maklum yang malaysia tengah jerebu
mula2 melaka dan johor antara negeri pertama yang menghadap dulu
masa memula benda ni nampak tak serius
mungkin akan okay dalam  seminggu ni
tapi lama kelamaan benda jadi makin teruk

asap makin tebal, aku dekat pd lepak2 rumah akak aku pun aku rasa sesak
padahal waktu pagi neh, bau asap kuat, tebal and tak nampak pun orang bakar sampah
masa tu aku rasa pd dah start kena jerebu tapi belum ada apa2 arahan keluar lagi
lepas dua tiga hari baru arahan dikeluarkan barulah semua sekolah ditutup
masa neh Muar dengan Pasir gudang mencatat ipu paling gila weeyy
lebih 700 yang mananya level ipu kalau 700 ni dah tahap hazardous
gas beracun wey.

aku balik pilah. pilah pun berkabus. kalau tak tawu tu asap
memang feeling2 macam cameron highland. gila apa feeling asap
aku baru je baik lelah ni. datang balik kang masak
aku taknak cakap pasal kebakaran kat indon tu sebab kesahihan dia aku tak pasti
ada orang kata pelabur dia syarikat dari Malaysia dan Singapura
pekerja yang membakar pulak orang Indon. 
so kalau betol ni adalah salah semualahkan

apa2 pun sekarang beberapa negeri dah memang jerebu.
jadi rakyat2 yang menanggung akibat dan azab neh sila2 lah memakai topeng
aku taw budaya memakai topeng neh masih belum biasa kat malaysia
tapi benda ni dah biasa dekat Jepun. walaupun dekat sana tak jerebu and kalau
sorang tu cuma selsema je, mereka still akan pakai untuk mengelakkan jangkitan dengan orang lain

jadi budaya memakai topeng ni diharapkan diterapkan walaupun tak masa jerebu
masa orang sebelah makan asap pun kita boleh pakai, bia dia terasa
nak makan asap pergi hutan sorang2. 
masa aku selsema aku pakai topeng muka. aku pakai masuk opis
sebab aku taknak menjangkitkan selsema aku ni dekat orang lain. baikkan aku
tapi baru beberapa lama aku pakai dah ada orang tanya napa pakai topeng dan aku katalah 

selsema la. kang menjangkit plak

pelik2 je kau ni topeng bagai. 

nampak tak benda ni tak biasa di kalangan kita
jadi aku tanggalkan topeng aku dengan harapan biar dia kena selsema aku
padan muka dia lepas tu.

lepas tu masa jerebu ni aku dah start pakai topeng
aku tengok dekat mana2 kawasan awam, ramai tak pakai
kenapa? sebab benda ni tak biasa lagi. pdahal jerebu dekat seremban ni teruk
memang kelam gambar. kau nak kua pun leh terlanggar pintu.
almaklumlah pintu tak nampak. heee over

aku pun pakai naik bas, aku ada spek takde power
aku pakai sebab nak elak habuk masuk mata. masa tu mata aku dah merah2 bagaikan drakula
aku takut aku bertukar jadi twilight je pasni. aku tak sanggup
hehehe lepas tu aku naik bas. aku pakai topeng dengan spek dengan harapan
aku takdelah kena benda2 pelik ni. asap jerebu ni busukk siyess
bau dia tahap hilang selera makan kau dibuatnya

aku tak dapat tempat duduk jadi aku berdiri
aku perasan semua stare dekat aku. aku paham benda tu nampak pelik
masalahnya bas tu pun busuk, tak paham napa ada boleh tahan
at least pakai topeng dapat selamatkan diri dari bau2 pelik
ada budak sebelah aku tenung. aku tenung balik. terus lari
muka aku ada gaya2 perompak kot

apa2 pun. harap budaya memakai topeng ni dibiasakan
sebab benda ni benda baik. dah boleh ambil percuma pun kan dekat hospital
jadi cuba2 lah pakai. ini pun untuk kebaikan kita semua
udara sekarang tengah tak bagus. banyak baik dari buruk
sebelum kita membiarkan partikel2 merepek tu masuk hidung
kita halang dia dulu

jangan menyesal nanti. selsema sakit tekak sakit mata
banyak penyakit dalam udara ni.
okeylah cukuplah membebel, macam orang tua pulak

4 comments:

skulluv said...

alasan dorang sebenarnya malu la..hahaha

su suraya said...

hehhee aku pun rasa gitu. ha kau pakai tak time jerebu???

skulluv said...

aku sempat pakai seari je wehh..dan2 terus elok pastu..chett...haha

su suraya said...

aqhahahaha kau memang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...