Blogger Widgets ssssshhh...

Friday, August 10, 2012

underdog continjen



congrats pandelela,, perghh unexpected medals from her..:)
wehuuuuuuuuuuuuu...terbaik aa sis

Thursday, August 9, 2012

pergilah. takpe

assalamualaikum
perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan
tak kisahlah perpisahan apa,
ibu bapa yang meninggalkan anaknya
suami yang meninggalkan isterinya
sahabat yang meninggalkan rakan baiknya
korang kalau rasa korang memang taw
aku ni dah kenapa tacing macing

perpisahan mengajar erti tabah
menyakikan tapi tulah hakikat
and aku tak suka perpisahan
benci gila tak kisahlah perpisahan pasal apa pun
tapi terpaksa gak menghadapinya

"su, aku nak pindah jauhhh"

"haaa??? bilaaaa???"

"dalam masa terdekat"

aku tataw nak respon apa
sediiih??? aiisshhh
kau pergilah. takpe
jaga diri weyh kat sana
just keep in touch

Monday, August 6, 2012

jangan harap la aku akan naik lif sorang2

SEREMBAN 5 Ogos - Seorang bapa dan dua anaknya berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam sebuah lif hampir sejam semasa pergi membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di bangunan Terminal 2 di sini hari ini.

Mangsa, Salimin Ali, 42, berkata, ketika kejadian pukul 9 pagi, dia bersama dua anaknya yang berusia enam dan sembilan tahun datang ke pasar raya itu untuk membeli barangan keperluan rumah.

Menurutnya, mereka menaiki lif di tingkat tiga untuk turun ke tingkat bawah tetapi apabila sampai di tingkat dua lif berkenaan tiba-tiba terhenti.

"Pada waktu itu memang cemas tetapi nasib baik lif tersebut mempunyai cermin besar di belakang dan saya boleh melambai kepada orang ramai untuk meminta pertolongan."

"Saya menenangkan dua anak saya yang ketakutan dengan berbual dan beritahu mereka bahawa bantuan akan sampai tidak lama lagi,"
katanya di sini hari ini.

Jelasnya, dia kemudian lega apabila melihat kehadiran anggota bomba dan mereka berjaya dikeluarkan selepas lif itu dihidupkan semula.

"Ini adalah kali pertama kejadian sebegini berlaku kepada saya dan selepas ini mungkin saya dan anak- anak akan gunakan tangga sahaja kerana trauma," katanya.


oh tidak. aku dah la memang tak suka naik lif. memang tak la aku nak naik lagi lif lepas ni. naik sorang memang takkan. kat seremban plak tu jadi benda alah neh. tensen!

Sunday, August 5, 2012

lee chong wei



"sapa menang???"

"kalah daaa.."

aiisshh. sedih??? haha dalam 100%, sedih aku 1% je
sebab yang lain aku bangga. aku tengok first half
dia lawan setengah mati. kau tengok muka lindan
kau nampak betapa lindan agak cuak
lagi2 dapat jumpa pesain yang dapat drag dia g rubber set

yang aku taw aku bangga gilaaa dengan lee chong wei
dia dah cuba sedaya upaya dia. aku taw dia mampu
kalahkan lindan just nasib tak menyebelahi dia

tak dapat makan eskrem free??
tak mati pun. jangan bising sangat lah
hahaha aku support lee chong wei 100%
nak dapat pemain macam ni lagi pada masa akan datang???
berubanlah kepala sebab dia hanya satu dalam sejuta

malaysia plak desperate sangat nak emas
sampai offer berjuta nak bagi pada sapa yang dapat
pada aku lah kan, kalau aku kat tempat dia pressure seyh
membawa harapan lebih dari 20 juta orang
takpe yang penting dia memang dah buat yang terbaik
sebab kalau kita main belum tentu saringan pun lepas

dia siap mintak maaf, aisshh nothing to say sorry about
cukuplah ni dah sangat terbaaik
sebab sumbangkan pingat pertama malaysia :)
k bye. nak layan cycling lak

tutup aib orang

assalamualaikum
sekarang dah lebih setengah bulan semua orang berpuasa
so harap2 takdelah yang ponteng kan. tapi kalau ada yang dapat
cuti khas seminggu tu, ha tu bukan alasan korang untuk
melantak bagaikan orang gila. hormat orang lain kayh
nak makan pun at least sorok2. kalau orang nampak malu
and nanty di kata takda adab lak

so tak lama lagi nak sambut raya plak kan
aku taw sume dah sebok beli baju raya segala
aku pun tak terkecuali. sigh boring gila intro

ok aku direct, dalam pada kita beribadat menyambut puasa
masih ada lagi umat2 yang tak reti bahasa menyebarkan aib orang
aku jumpa satu post ni yang menunjukkan seorang ulamak
dalam video porn. bulan puasa ni renti2 kan lah benda takde pekdah tu
kalau tu fitnah semata, masak kau nanty sebab mengaibkan orang

daripada carik salah orang baik kita muhasabah diri
dalam dunia yang akhir zaman ni, ulamak la tempat
kita bergantung untuk bertanyakan apa2 soalan yang
berkaitan keagamaan ataupun apa2 kemusykilan
takat ilmu setahun jagung, jangan berani nak compare dengan
ilmu orang lain yang bertahun2 jagung.
hambekk tah peribahasa mana aku pakai lah kan

sorry karam singh walia, i pinjam peribahasa u and ubah sikit
and yesss semua orang buat salah. kita tak maksum
tapi kita takde hak untuk mengeluarkan aib orang
sekali aib orang kita buka, sepuluh kali kita kena balik

sekali aib orang yang kita buka tu rupanya fitnah semata
ha menjawablah kau nanty. renti2 kan lah
baik kau masok dapur buat kueh raya ada gak faedah

Friday, August 3, 2012

ni pun dah okayyy

assalamualaikum
hari ni result kua, tapi aku macam malas nak amek port
sebab aku dah taw result aku dalam 2 minggu awal
tak payah g jauh. tengok kat facebook sudah
semua dok post tapi kita boleh detect yang the way doang post
menunjukkan result doang bagos. untunglaaa

result aku?? ok je. bolehlaaaa kalau ikotkan
sebab aku memang tak mengharap sangat
kang frust menonggeng aku gak yang tanggung
kau ada??? tukang gelak bolehlaa

by the way, orang2 yang post dekat facebook tu
tahniah la aku ucapkan, sebab kalau tak bagos
takkan post punya kan. alang2 tu print screen la sekali
boleh anta hadiah..ahahahaha k bye

Wednesday, August 1, 2012

kenangan ramadhan 2

assalamualaikum
aku nak sambung balik bab kenangan ramadhan aku. kalau korang nak taw, macam yang aku cakap, abang2 aku memang kaki mercun punya orang. dah jadi bapak anak sampai 4 pun mercun dok tala lagi. bukan sorang dua tapi memang sume abang2 aku jenis gitu. akak2 aku takat main bunga api berani la. awww sweet gegirl sangat mereka. aku tak gegirl, aku hensem dan smart.

abang aku no 5 ni, sehari sebelum raya dia bekampung dekat umah aku. kirakan dia ngan family dia raya kat umah pilah dulu lah tahun tu. pastu dalam bonet dia ada sebabong mercun. dah macam2 jenis plak aku tengok. hhaaiisshhh. bila aku tanya tu sapa punya, dia cakap,,

"tu iwan punyo, bang udo tak main mercun"

"hahahhaa sudahlehh.."

then petang aku, aku lepak dengan abang aku. aku tengok poket dia kembung semacam. confirm mercun ketupat dalam poket dia neh. tah apa benda lah dia nak buat. abang aku ni 5 ni panjang sikit akal dia. anak ramai tapi perangai macam orang bujang. hohoo

"adik, kau nampak pasu bunga pecah tak???"

"entah, dalam kebun abah kot"

aku dah pelik, apa benda lah abang aku nak buat ni kan. takkan nak menanam pokok bunga lak kan. buang tebiat dah tu, then aku nampak abang aku jumpa pasu bunga yang retak2 sikit kat kebun bapak aku. apa benda dia nak buat entah. pelik je tengok, suspicious pun ada weyh

"bang udo nak buek apo??"

"ha kau tengok yo. kang kau lari jauh sikit. den nak buek roket toghobang"

"?????????????"

rupa-rupanya abang aku letak mercun ketupat bawah pasu bunga yang pecah tu dengan harapan pasu bunga tu terbang ke atas. memang kerja gila. kalau mak aku nampak menjawab aku dengan mak aku nanty, dengan kakak ipar lagi.then lepas dah aim baik punya kat tengah padang tu, terus dengan semangat waja diri abang aku bakar mercun tu and apa lagi, memang terbanglah. terbang and berkecai gila.

sekali mak aku nampak daa. aku dah agak dah confirm kantoi punya. telinga mak aku sensor dia memang sharp sikit.memang dalam hati aku masaklah abang aku kena sekolah dengan mak aku nanty plus kena sekolah lagi dengan akak ipar aku.

"iwann kau main mercun yooo??? kono ghumah orang kanggg!!!" mak aku dah ngamuk. tapi mak aku tataw abang aku yang buat. mak aku ingat cucu dia punya kerja meaning anak abang aku. sebab anak abang aku ni lasak sikit.

apa yang aku ingat, abang aku dah hilang dah time tu. dia pegy lari kat bawah masjid sebab dah dengar suara mak aku. tak pasal2 yang kena marah anak dia. merah muka nak buah aku. aku??? mestilah menyorok jugak sebab dok subahat dengan abang aku. bagi mak aku cool down dulu baru balik rumah.

masa nak balik rumah, aku dengan abang aku buat muka selamba. sekali anak dia datang.

"apetah ayah lari, tak pasal abang yang kena marah ngan opah ngan mak"

haha angin anak buah aku. last2 mak aku taw gak yang main mercun tu abang aku. ha ko pikirlah sendiri apa jadi pastu. even dah kena sekolah siap package sekolah petang sekali kena dengan mak aku, doang ni tak reti serik. malam tu dok sambung balik gedabang gedeboommm.aku je serik dah. dah besauuu kan. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...