Blogger Widgets ssssshhh...

Wednesday, July 11, 2012

jangan sampai tak sempat

assalamualaikum
kadang2 rasa macam malas dah nak berblogging
maybe sebab makin takde idea and aku perlu rehat dulu
untuk beberapa waktu ketika sebelum datang idea yang
lebih baik dan bernas untuk dibentangkan??
mungkin jua siapa taw kan sebab kita semua bukan robot
ah cukuplah dengan mukaddimah yang meleret lagi membosankan
sebab kalau aku rasa nak merepek, ke blog ni juga aku muntahkan :)

dalam diam kita mengira hari, waktu berjalan
sesaat tiada henti, tidak pula tercepat tidak pula terkurang
hari berganti minggu
minggu berganti bulan,
bulan berganti tahun
dari tahun ke tahun seperti tiada bezanya
cuma terkadang rasa cepat masa berlalu

tanpa sedari seperti semalam baru bermain baling tin
dengan rakan sejiran, berlari kerana tidak puas hati
ah budak2, apa yang dipikirkan. main main dan main
seperti semua berlaku semalam, indah dan aman
tiada masalah yang hendak difikirkan

hari ni sudah dewasa kalian semua
ada yang sudah mempunyai zuriat dan keluarga
ada yang terkial-kial membina tapak mencari sesuap nasi
ada yang masih memerah otak untuk keputusan peperiksaan

dan tanpa kita sedari, semuanya makin dijamah usia
tahun demi tahun, hari lahir sentiasa diraikan
sebagai tanda pertambahan umur seseorang
sedangkan kedatangan hari lahir bermakna
makin kuranglah umur semua kalian,

makin kurang umur bermakna makin jauhlah kita
dengan masa lalu dan tetapi
makin dekatlah kita dengan kematian
berapa kerat yang bersedia menghadapi kematian??

berapa kerat yang menimba amal untuk bekalan
di dunia yang satu lagi???
berapa kerat yang mengambil kisah untuk menimba pahala
sebagai hadiah dan perisai di akhirat kelak???
berapa ramai??

barangkali semua tahu, tetapi mengambil keputusan
membuat tidak tahu, kerana dunia lebih penting nampaknya kan
janganlah apabila nyawa sudah di tenggorok
baru menangis menyesal semahunya
kerana pada waktu itu, menangis air mata darah pun
semua sudah terlambat

mati itu pasti, selagi hayat dikandung badan
buatlah amal sebanyak boleh. Insya Allah

Tuesday, July 10, 2012

dan syaitan pun bertepuk tangan gembira

assalamualaikum
cukup 3 hari seseorang itu taknak bercakap dengan kawannya
maka syaitan pun bergembira sebab berjaya memutuskan
tali silaturahim sesama umat Islam
so pilih???
ego yang tinggi hingga membawa kepada kemenangan cik tan
atau rendahkan ego tu dan bertegurlah sesama Islam
tak rugi der..cayalah

Monday, July 9, 2012

peristiwa subuh

assalamualaikum
masa aku tengah sedap tekak edit playlist dekat player aku
then aku terjumpa satu lagu, pernah dengar "peristiwa subuh"
lagu ni best dow, legend. sapa yang taw masa album first Raihan
launch dulu mesti taw pasal lagu ni

tapi aku bukan nak cerita pasal lagu
sebab aku rasa korang pun bukan nak dengar
aku nak cerita satu benda tapi tak banyak pun benda
so kalau lagu terkeluar dekat radio
aku mesti gelak sorang, gila apa kan dengar lagu ni nasyid gelak2
sebab ada story pasal lagu ni

dulu kan aku dok asrama luar, aku dok serting, melaka dengan segamat
sumpah tak tipu, serting paling best. melaka second then segamat
serting memang legend even takde line maxis kat situ
senior aku carik line sampai panjat meja la

ada bilik lain sampai panjat locker kau
asal mesej masok, amek phone reply then letak balik kat tingkap
tunggu dua tiga minit, mesej masok amek balas
sapa yang kental memang berejam la atas meja dengan locker
sebab tu aku cakap legend, tapi ni nak cerita lain benanya

biasalah aku kan suka melalut merepek termelencong
masa kat asrama sekolah kau kena bangun awal dow
nak selamat 5.30, aku selalu 5.45 la time bangun
nak cop shower punya pasal, kang beratur semak oo
tapi bangun 5.45 pun badan je bangun, kepala kat bantal lagi
heee standard la tak pernah dok asrama kan, tapi lelama ok

then lepas aku dah bangun, aku kena kejot yang lain2 plak
pelik kan, tak sangka aku yang kejut orang
tapi kat melaka orang plak kejut aku, aiishhhh
ada sorang housemate aku, payah gila nak bangun
macam2 cara aku buat weyyyy

jerit2 kat kepala dia

goncang2 badan dia

lompat2 atas katil dia

tarik selimut dia

ikotkan hati nak je pinjam speaker masjid letak kat telinga dia

last2 aku dapat idea, aku tak kacau dah
lepas aku bangun, then nak kejut budak2 bilik
aku pegy nyanyi kuat2 lagu Raihan ni, jangan kata bilik aku
bilik sebelah pun bangun aku rasa, suara aku sedap meh
tapi perempuan je boleh dengar, haha

lama2 budak bilik aku tension, biokan doang tension
senang kerja aku nak kejot orang

"taboh berbunyi, gemparkan alam sunyi
berkumandang suara Azan, mendayu memecah sepi
selang seli sahutan ayam....oooo"

"yelaaaa..orang bangun lah nehhh..hadoii"

"kehkehkeh"

memula aku akan kejot macam biasa
kalau tak bangun baru aku nyanyi lagu ni
sebab tu aku gelak sensorang bila ingat balik
lawak gila dow.haha oh sertingg.rindu la seyhh

enam bulan pertama dok asrama
setengah mati aku homesick sampai pening kepala mak aku
sekarang rindu dah aku kat life sana.haiseyymann

stop crying your heart out


Hold up
Hold on
Don't be scared
You'll never change what's been and gone

May your smile (may your smile)
Shine on (shine on)
Don't be scared (don't be scared)
Your destiny may keep you warm

chorus:
Cos all of the stars
Are fading away
Just try not to worry
You'll see them some day
Take what you need
And be on your way
And stop crying your heart out

Get up (get up)
Come on (come on)
Why're you scared? (I'm not scared)
You'll never change
What's been and gone

(chorus 2x)

We're all of us stars
We're fading away
Just try not to worry
You'll see us some day
Just take what you need
And be on your way
And stop crying your heart out
Stop crying your heart out
Stop crying your heart out

perform by : oasis

Saturday, July 7, 2012

bye The Team!


disebabkan german dah kalah and euro pun dah abes
so aku pun remove lah header blog aku yang legend tu
takpe world cup 2014 plak pasni,
bosan plak takde bola, kalau tak hujung minggu layan2 la gak
tunggu EPL je le..

Thursday, July 5, 2012

aku pun tunggang terbalik lagi

assalamulaikum, weyy hari ni aku nak bercerita sikit
sebenarnya aku ada banyak benda nak dilemparkan
tapi disebabkan aku ni bukan sotong mahupun
apa sahaja benda yang bertangan lebih daripada lapan
jadi aku post sikit2 je lah, kau pun skip2 kan baca
macam tataw kau neh

aku rasa kalau orang yang memang follow blog mesti
taw sikit tak banyak pasal life aku
aku ada anak buah yang beza 3 4 tahun je untuk yang paling close
kirakan doang la lahir awal, aku mantain muda
hee

then semalam salah sorang anak buah aku call nangis2
aku macam pelik dah

"apahal budak ni, homesick plak ke? ke sawan?"

risau dah aku. then aku angkat lah call dia

"bucu, sebelum tu ni no maxis ke DG??"

"DG lah, kenapa??"

"kita call pakai phone opahlah sebab opah maxis"

"ek eleh sempat lagi kira2..cet"

lepas tu aku pun bergayutlah dengan dia
setengah jam jugaklah gayut tapi aku okay
sebab aku jenis memang dah biasa cakap kat phone
lelama. masa super saver pernah straight
dari pukul 12 sampai nak dekat pukul 6, tu dulu la masa dip
gosip dengan kawan2 lama tapi tu dulu punya celita maa
eh dah meraban.solly2

then dia mengadu dekat aku, dia cakap kawan2 dia
ramai tinggalkan dia sebab doang dah ada commitment
if you know what i mean, ala budak2 baru nak up kan
kapel la apa lagi. macam kau tataw nyah

then dia rasa sorang2 and lonely gila
kiri kanan orang berkepit, dia bukan jeles
tapi bila kawan baik dia sendiri tinggalkan dia
sentap la budak ni kan, apa lagi

then dia mintak nasihat aku, aku pun tertonggeng tonggeng
lagi nak cari haluan hidup, then aku kata kat dia satu je

"kak, kau ingat mama jelah. then setel. bukan budak2 ni yang bagi kau duit,
mama kau yang bengkok cari duit belanja kau semua, kawan2 kau tu lantak la,
carik kawan yang nak belajar sama2, bukan kawan yang nak down kan kau. paham"

"paham bucu"

baru part 2 dah macam2 hal. tapi standardlah kan
budak baru nak tengok dunia luar memang culture shock sikit
aku pun memula culture shock gak kat melaka
baru tengok dunia meh, nasib baik kenal dengan kawan2
yang banyak membantu aku belajar. fuuhhh

dan sepanjang pemerhatian aku
orang yang kapel masa diploma ni, tak kekal lama
ini yang aku nampak, ada je kawan aku yang sampai sekarang mantain
tapi memang banyak lah masalah kan, gaduh lah apalah
kebanyakan yang kapel masa diploma tu

hanyalah membuang masa, thats my point
setuju atau tak, dulik apa aku.hahaa.bye!

Tuesday, July 3, 2012

kehidupan selepas ini

assalamualaikum
aku takda idea tapi tangan gatal nak menaip
habis dah life aku selepas bergelar student
sekarang aku adalah penganggur berjaya
kalau aku kaya lepas jual anggur tu ha jangan time tu
baru nak ngaku kawan plak. hehehe

by the way, aku taw lepas dah jadi student
semua orang nak carik kerja, tipulah kalau
nak duduk rumah je kan. aku tengok facebook
eh dah ada facebook balik??? standardlah aku main
sebab nak suka2 je meh, dah takde keje kan
aku tala facebook tu sesedap limpa aku

then aku perasan ramai gila update status
apply sana sini dengan harapan dapat kerja
aku pun tak terkecuali tapi sebanyak yang doang buat tu
tak la kan, semua orang kata cepat2 mintak kerja
kerja susah nak dapat

aku paham tapi bila tengok keadaan aku yang tak mengizinkan ni
aku hold dulu, nak duduk rumah sekejap
and setelkan apa yang patot setel
dapat kan apa yang perlu didapatkan

macam contoh aku bagi keadaan ea
katakanlah kau lagi 2 hari kau dapat pergi oversea
banyak benda nak kena setelkan
visa, pasport, tiket and segala macam benda

kalau takde take time nak buatkan
macamtulah keadaan aku, aku belum ada satu benda ni lagi
untuk memudahkan aku bergerak kesana kemari
so aku kena setelkan dulu mana2 yang patut dilakukan

kadang2 orang kata, ala alasan je tu nak hold2 dulu
bukan. salah tu, nasib kau tak sama dengan nasib orang lain
tak payah nak banding2 kan lah, you have your own way
so do i, aku tak suka terkejar2 kejar and sana nak sini nak

bak kata orang yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran
aku yakin rezeki Allah ada kat mana2
yang penting kau kena pandai carik je
chaaoooo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...