Blogger Widgets ssssshhh...: kemeja dan kurung

Tuesday, June 12, 2012

kemeja dan kurung

assalamualaikum
dalam satu syarikat, terdapat dua orang eksekutif
sorang yang gemar berskirt pendek dan berkemeja
kita namakan dia A, tambahan pula A suka bermekap tebal
asalkan muka dia berwarna warni, dia dah senang hati

dan sorang lagi hanya senang berbaju kurung dan bertudung butterfly
yang ni kita panggil B, B hanya suka mencalitkan lipice selapis
bagi mengelakkan muka nya yang pucat mayat tu mengganggu
para pekerjanya


A dan B berkawan baik sejak mereka mula-mula
masok dalam syarikat tu setelah lulus ujian naik pangkat
untuk ke peringkat eksekutif, perbezaan mereka tidak pernah
membuatkan mereka bergadoh, berembat atau apatah lagi
main tarik-tarik rambut hatta tudung sekalipun
kalau A salah, B akan tegur dan begitulah sebalik sepulangnya juga

pada suatu hari, ketika B sedang duduk bergelumang dengan kerja dia
dia ternampak pekerja-pekerjanya sedang duduk mengumpat
membuat dosa, B rasa pelik dan cuba untuk mencuri dengar
B tutup aircond yang bunyi macam motobot laut dalam
dan melekapkan telinga dia di bahagian pintu

"Aku lagi suka A, dia cantik seksi dan bergaya, B macam makcik-makcik
sikitlah. aku macam tak yakin je dengan dia, A lagi nampak gaya eksekutif"

B hanya terdiam, terkesima, terpaku, terpakis segala
dia kembali ke tempat duduk dan termenung dekat
dia cekalkan hati, jantung, limpa, dan pankreasnya

"lantaklah apa nak cakap, janji aku buat kerja aku"



seminggu berlalu, terdapat satu seminar diadakan di sebuah hotel 8 bintang
boss besar merangkap orang paling tinggi melangit dalam syarikat tu
bercadang untuk menghantar eksekutif terbaiknya untuk mewakili
cawangan dia, namun boss dia bingung dan migrain
sebab tataw nak amek A atau B

dia tak dapat nak hantar dua2 sebab bajet tak cukup
boss dia pun panggil lah A dan B untuk di interview
nak carik mana paling terbagos, terterer, dan terpower rangers sekali

boss dia mulakan soalan, A dan B ditanya soalan yang
takde kaitan langsung dengan seminar tu
sengaja nak uji minda eksekutif mudanya
untung-untung leh buat bini muda, eh terlari dari niat plak

"dihadapan saya ada dua orang eksekutif yang cun lagi hot
sekarang saya akan tanya soalan yang takde kaitan langsung
dengan seminar tapi ni macam soalan uji minda sikit"

"dah macam 1 juta money drop plak dah" bisik hati A dan juga B
C takde

"baiklah A, dari segi appearance kamu, kamu nampak berkeyakinan
dan berkaliber, mengapa kamu memilih memakai pakaian kemeja dan skirt ni
sebagai pakaian rasmi kamu ke pejabat"

A dengan yakinnya menjawab dan menjawab

"sebab pada saya, pakaian melambangkan seseorang, maafkan saya B
jika mengguris hati kamu tapi pada saya, kalau pakai baju kurung orang tak yakin
kita ni boleh buat kerja ke tak. kita kenalah mengambil hati pandangan pertama
mereka dahulu sebelum meyakinkan mereka dengan kebolehan yang kita ada

selaras dengan itu, pekerja-pekerja juga akan kagum dan yakin dengan bos mereka
dan jika kita lihat di kaca televisyen, ini adalah pakaian rasmi pekerja
yang sangat dicadangkan dan digalakkan oleh pereka-pereka terkenal"

terang A dengan panjang lebar dan senyuman melebar hingga ke kepala
dia dapat merasakan dia yang akan pergi ke seminar itu nanti



"baiklah, jawapan yang bernas dan masok akal, memang betul
pandangan pertama adalah penting sekali sebelum kita mengambil hati mereka
dengan kebolehan kita, B jawapan awak pulak??"

B menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dalam
satu jawapan yang agak panjang dan panjanglah senang cakap

"pada zaman manusia yang baru belajar erti kehidupan
mereka mula mengenal cara-cara menangkap ikan, bercucuk tanam,
dan membuat rumah. pada ketika itu kebanyakan hanya bercawat dan
menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja.
semakin maju manusia, semakin banyak bahagian yang dapat ditutup
yelah, kebolehan menenun membuatkan baju dapat dicipta dengan lebih baik

dan banyak bahagian yang dapat ditutup dengan sempurna. jadi tidakkan jika
saya berskirt dan berpakaian kurang, itu akan menunjukkan saya
hanya kembali ke zaman belakang dan menuju ke kehidupan dulu-dulu???
setahu saya, kita ingin lebih memandang ke hadapan, bukan
menoleh kebelakang"

boss hanya mampu tersenyum mendengar jawapan itu dan
A hanya terdiam.

keesokan harinya, B mendapat email bahawa dia terpilih
untuk ke seminar bagi mewakili syarikatnya itu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...