Blogger Widgets ssssshhh...: sama tapi tidak serupa

Sunday, April 15, 2012

sama tapi tidak serupa

assalamualaikum
hari tu aku pergi segamat. then nak kena setel thesis segala apa lah kan
then tidur aku kat sana pun macam tunggang langgang lah
balik je dari segamat jumaat malam hari tu, penat dia aiisshhh
berbeza dengan penat kerja, 2 hari jugak aku topup tidur
badan sakit macam angkat kayu balak beratus kilo
tapi macam biasalah kan bukan ni yang aku nak cerita
aku nak cerita dua perkara yang hampir sama tapi tak serupa
hope dapatlah pengajaran okayh, wahh!!! macam tukang karut dah ni

kisah 1
hari tu aku keluar dengan kawan aku, kawan lama tak jumpa
peluk-peluk segala *over sangat nyah*
then dia turun sebab nak pergi somewhere
sementelah itu aku pun tunggulah dalam kereta sebab dia nak keluar kejap je
masa tu kereta berhenti sebelah kedai makan
lepas tu aku nampak satu peristiwa
ada sekor kucing mengiau nak makan
masa tu ada sorang budak laki, aku tak sure remaja or dewasa
then dia macam shuhhhh2 kucing tu pergi jauh pakai kaki
sedih dow tengok, at least bagilah makan sikit
bukannya kau tak kenyang pun kalau kasi kucing tu sikit
aku ni bukanlah peminat kucing, aku biasa2 je dengan makhluk comel tu
tapi takdelah tergamak sangat kalau kucing tu kebulur tahap rasaksa
buat macam tu kan

kisah 2
aku tengah makan dengan kawan aku, ni kawan lain plak
then masa nak pergi blah basuh tangan tu
then ada sorang pakcik ni datang then cakap
"nak, dah habis makan??? acik nak kepala ikan tu boleh???"
terkedu kejap tapi pinggan aku takde tulang sebab memang licin aku balun *malu*
so kawan aku ni bagilah tulang ikan dia dekat acik tu
then acik tu pergi ke setiap meja kumpul tulang ikan and lebihan makanan
so touching okay, ingat takde dah orang yang berhati mulia macam tu

nampak tak apa yang aku nak sampaikan, kat dunia ni ada macam-macam orang yang kau takkan jangkakan macam mana perangai orang tu, so selamat berfikir

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...