Blogger Widgets ssssshhh...: kita dah cukup bernasib baik

Sunday, March 17, 2013

kita dah cukup bernasib baik

assalamualaikum
aku ada banyak impian, ecee poyo tahap dewa ayat kan
even kerja sekarang ni bukan impian aku
senang cakap aku taknak pun tapi disebabkan aku takde pilihan
aku amek jugak kerja ni. daripada duduk rumah berehat-rehat
aku kadang2 frust sebab kerja aku tak berkaitan dengan apa yang aku belajar

aku selalu merungut, aku mengaku teruk gila aku kan
aku merungut dekat kawan baik aku, dia pun bebuih menasihatkan aku dah
aku tengok ramai kawan2 aku kerja dapat sama macam yang doang belajar
okay aku sangat jeles, jeles tahap nuraka tapi aku pendam
bila on call cerita pengalaman kerja, bila doang tanya aku
aku akan jawab2 bese2 je tak ada apa nak dibanggakan

benda ni jadi masa 2 ke 3 bulan aku start kerja
orang dok update post kat fb cakap dapat interview bank sana sini
aku still di takuk lama. aku diam. aku malas nak online aku deactivate fb
lepas tu aku kerja macam biasa. kerja yang aku tak berapa suka ni
kadang2 aku merungut lagi dan lagi

satu hari aku on call dengan kawan2 lama aku
dia pandai tapi sekali dia bgtaw aku dia tak tahan kerja tempat dia
tempat dia yang aku nak sangat pergi. sebab ada masalah dalaman
dia kata nak berhenti and aku plak pelik
sebab aku tak sangka aku yang dok merungut nak benti tapi
aku dok cakap kat dia tahan dulu. mungkin sekejap je

aku tengok diri aku, aku takde masalah dalaman setakat ni
kawan2 aku dekat opis boleh tahan best2. berapa ramai dah belanja aku
doang baik2 even umur ada yang dah 40. engineer kat atas pun okay
banyak yang tolong aku even kadang2 salah paham tu biasalah kan
time tu aku bersyukur, aku rasa aku ni tak bersyukur sebelum ini

even aku dapat kerja yang tak relate dengan course aku
totally memang lari sangat2, tapi suasana kerja aku sangat best
ramai yang membantu aku and tolong aku catch up
tetiba aku rasa malu sebab banyak komplen dulu
aku sepatutnya upkan apa yang aku dah dapat
bukan kondem lagi nak kejar benda yang belum pasti

aku sepatutnya ubah diri aku, nasib orang berbeza kan
aku mungkin tak bernasib baik untuk dapat kerja yang related
tapi Allah bagi aku rezeki yang dimana semua orang senang berkerjasama
time tu aku paham aku tak sepatutnya compare nasib aku dengan orang lain

dan sekarang aku sedang berusaha untuk memantapkan apa yang aku ada
sebab aku taknak menyesal terlepas benda yang sepatutnya aku jaga
even apa yang aku nak still lagi ada dalam kepala aku
aku rasa kalau ada rezeki tetap jugak dapat kan


dan kita sebenarnya cukup bernasib baik sebab ada kerja
sebab kat luar sana mungkin ramai lagi still mencari-cari rentak

5 comments:

PaPa Blogger said...

betul tu.. tapi kekadang yang membuatkan kita tensen dalam opis sebab orang dalaman je... yang lebih lebih tu semua ok..

p/s: bile ko nak buat novel lagi ni??????????

su suraya said...

adoi, idea ada wey tapi nak mengayat mati akal..aiishhh

PaPa Blogger said...

ala... sng je tu.. ko baca la novel banyak2 pastu goreng ikut cerita ko lak... kan sng.. aku boleh buat citer hantu je... ahahahha

sephia sophia said...

nasib aku pn xtau lg camne ni...:)

su suraya said...

yang penting kita cuba merancang sebaik mungkin k..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...